Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan Las Vegas, 45 masih terlantar di hospital

-

LOS ANGELES: Seramai 45 mangsa masih dirawat di hospital selepas kejadian tembakan beramai- ramai di Las Vegas hampir dua minggu lepas, ada di antaranya kritikal, menurut syerif wilayah kelmarin.

Sementara itu, FBI menyatakan tiada bukti setakat ini bahawa dalang Stephen Paddock, 64, didorong ideologi penggabung­an dengan mana-mana kumpulan lain.

Paddock, pesara akauntan berada, mempunyai himpunan senjata di bilik hotelnya di Mandalay Bay dan melepaskan tembakan pada malam 1 Oktober ke arah orang ramai yang menyaksika­n konsert, mengorbank­an 58 orang.

Syerif Daerah Clark Joe Lombardo memberitah­u sidang media bahawa angka terbaharu jumlah kecederaan meliputi 546.

Beliau berkata, 501 telah dibenarkan keluar dari hospital.

Lombardo turut cuba menjelaska­n beberapa kekeliruan mengenai bila sebenarnya Paddock mencederak­an pengawal keselamata­n Jesus Campos, di luar biliknya di tingkat 32 dan melepaskan tembakan ke arah orang awam.

Pihak polis mulanya menyatakan mereka percaya Campos ditembak Paddock jam 9.59 malam waktu tempatan, enam minit sebelum dia melepaskan tembakan rambang ke arah penonton konsert.

Namun Lombardo menyatakan kelmarin polis kini percaya Campos ditembak dalam tempoh hampir jam 10.05 malam waktu tempatan, saat dia memulakan tembakan ke arah penonton konsert di bawah.

Lombard o turut menyatakan pihak berkuasa percaya Paddock sengaja menembak ke arah tangki minyak jet besar di Lapangan Terbang McCarran di Las Vegas, tetapi gagal menyebabka­nnya terbakar.

Ejen khas FBI yang bertugas, Aaron Rouse, menyatakan ratusan kakitangan FBBI masih terlibat dalam siasatan.

Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menentukan motif sebenar Paddock.

Kumpulan pejuang jihad Islamic State (IS) membuat pengakuan sejurus selepas kejadian bahawa Paddock merupakan salah seorang anggota tenteranya namun Rouse menyatakan setakat ini mereka dan pihak lain tidak menemui sebarang petanda ideologi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia