TLSK, PDRM anjur sambutan Halloween di Vivacity
KUCHING: P e r s a t u a n Masyarakat Penyayang Kuching (TLSK) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan ‘Halloween Fun Night 3 2017’ di Vivacity Megamall di sini bermula jam 5 petang, 28 Oktober ini.
Presidennya Kelly Ho berkata sebanyak dua kategori akan dipertandingkan termasuk pertandingan kostum kategori ‘The Best Visual Effect’ dan ‘Most Popular.’
Setiap kategori mempunyai hadiah untuk tiga tempat teratas serta 10 hadiah sagu hati, juga kesemua pemenang akan menerima hadiah wang tunai.
“Bungkusan ‘ fun pack’ akan diberikan pada 21 dan 22 Oktober mulai jam 10 pagi hingga 10 malam di Vivacity Megamall mengandungi ‘Quick Dry Fun Tee’, nombor bib dan pingat ‘Super Halloween Finisher Medal’ bagi peserta berjaya menamatkan larian dalam masa dua jam sahaja.
Peserta berdaftar dari 1 hingga 22 Oktober akan dikenakan bayaran sebanyak RM55 seorang.
Acara tersebut terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke atas dan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Antara lain, acara amal tersebut juga sebahagian usaha mempromosi gaya hidup sihat selain menggalak kesedaran membantu badan kebajikan dan kesedaran keselamatan jalan raya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian hotline 010-9858308 atau melayari laman Facebook di http:// www.facebook.com/thelovingsocietykuching.
Jurumekap artis juga akan berada di lokasi program dan peserta dikenakan bayaran mekap RM5 hingga 25.
Wang kutipan akan diderma kepada TLSK untuk membantu badan kebajikan.
Pendaftaran di kaunter dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 5 petang di TLSK di nombor 9A, Tingkat 1, Jalan Badruddin (resit juga akan diberikan selepas membuat bayaran).
Sementara itu bagi pendaftaran pada hari Sabtu dan Ahad akan diadakan di Vivacity Megamall.