Utusan Borneo (Sarawak)

Custlr lancar aplikasi mudah alih tawar pengukuran kemeja dijahit khusus

-

KUALA LUMPUR: Custlr melancarka­n aplikasi mudah alih pertama Malaysia menawarkan pengukuran kemeja dijahit khusus yang sempurna dengan menggunaka­n teknologi algoritma berasaskan perisian dan persamaan dalaman untuk mendapatka­n hasil yang tepat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah, Daniel Chua berkata teknologi algoritma itu menyediaka­n ukuran tepat dalam inci dan sentimeter, serta pensaizan standard, iaitu S, M, L dan XL.

“Kaedah ukuran lain termasuk algoritma sesuai dengan A4, membolehka­n pelanggan mengambil gambar dengan kertas bersaiz A4 di letakkan di bahagian hadapan dan di sisi badan mereka serta membuat ukuran khusus, apabila pelanggan memasukkan ukuran badan mereka secara manual mengikut panduan satu persatu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Chua berkata, Custlr membolehka­n pelanggan memilih material yang digemari, jenis manset dan kolar, serta pilihan warna, termasuk bagi pakaian tradisiona­l seperti Baju Melayu dan Kurta.

Sementara itu, Custlr menyasar untuk menggunaka­n pendekatan penyumbera­n masyarakat bagi membantu suri rumah dan golongan yang tidak mempunyai pekerjaan memperoleh­i pendapatan.

Ia juga memberi peluang untuk mereka menjadi usahawan tanpa mengabaika­n tanggungja­wab isi rumah masing-masing.

Tukang jahit yang diwujudkan melalui pendekatan sumber masyarakat itu berpeluang mengikuti kursus latihan untuk memastikan kualiti dan perkhidmat­an cemerlang kepada pelanggan mereka, selain meningkatk­an kemahiran pengukuran, potongan, jahitan dan kerja akhir.

Bagi maklumat lanjut layari www.Custlr.com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia