Utusan Borneo (Sarawak)

KEMUDAHAN RAKYAT

Jambatan Batang Samarahan pada tahap 83.29% siap dijangka mula dibuka menjelang Jun 2018.

- Oleh Nick Fletcher

KOTA SAMARAHAN: Jambatan Batang Samarahan dijangka mula dibuka menjelang 22 Jun 2018, sekali gus menjadi laluan penghubung utama kirakira 30,000 penduduk kawasan ini ke Asajaya.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemur Masing berkata projek bernilai RM93 juta itu mula dibina pada Januari 2015 kini sudah pada tahap 83.29 peratus siap.

“Pembinaan Jambatan Batang Samarahan berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya Jun tahun depan,” katanya semasa mengadakan lawatan ke tapak projek Jam-

Pembinaan Jambatan Batang Samarahan berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya Jun tahun depan.

batan Batang Samarahan di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr. Jerip Susil dan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang,

Masing juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an menambah sebaik sahaja Jambatan Batang Samarahan boleh digunakan, ia akan memendek jarak dan tempoh perjalanan dari Kuching ke Asajaya sekurang- kurangnya 30 minit.

Katanya masa ini, orang ramai perlu melalui perjalanan agak jauh iaitu lebih 90 kilometer antara Kuching dengan Asajaya, yang salah satu laluan perlu mengguna feri serta jalan darat melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan.

Masing berkata jambatan sepanjang 774 meter merentangi Sungai Batang Sama- rahan menghubung­i Kampung Baru dengan Kampung Tambey bakal melengkapi perhubunga­n jalan pesisir pantai di negeri ini.

Jelasnya, apabila siap, jambatan berkenaan menjadi jambatan kedua menghubung jalan pesisir pantai selepas Jambatan Batang Sadong yang sudah siap sepenuhnya pada tahun lepas.

Justeru, beliau berkata beberapa jambatan lagi perlu dibina bagi melengkapi perhubunga­n di sepanjang jalan pesisir terutama Jambatan Batang Lupar termasuk Jambatan Saribas, Jambatan Krian, Jambatan Lassa dan Jambatan Batang Igan yang masih dalam pembinaan dan perancanga­n.

Tan Sri Datuk Amar James Jemur Masing Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? GIAT: Jambatan Batang Samarahan sedang giat dibina dan dijadual siap sepenuhnya menjelang Jun tahun depan.
GIAT: Jambatan Batang Samarahan sedang giat dibina dan dijadual siap sepenuhnya menjelang Jun tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia