Utusan Borneo (Sarawak)

PERTINGKAT PELANCONGA­N SUKAN S’WAK

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Kuching FA dan ACFM Engineerin­g Constructi­on Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) akan menganjurk­an Festival Amal Bola Sepak Seoul Stars- Kuching FA pada 29 Oktober ini di Stadium Sarawak.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA) Fazzrudin Abdul Rahman berkata perlawanan amal itu akan melibatkan empat pasukan iaitu Kuching FA, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Cats FM dan Seoul Stars FC.

“Seoul Stars FC akan dibarisi 25 selebriti yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan bekas pemain bola sepak kebangsaan Korea Selatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­si mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa penganjur di Stadium Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Ma- jlis Sukan Negeri Sarawak merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SSC Dr Ong Kong Swee dan wakil dari ACFM Eunji Kim.

Fazzrudin berkata, penganjura­n itu sebagai respons kepada saranan kerajaan dalam mengembang­kan sektor pelanconga­n sukan di negeri ini.

Selain itu, ia merupakan salah satu inisiatif penganjur dalam mempromosi­kan Sarawak menerusi pelanconga­n sukan di samping menjalinka­n hubungan dua hala dengan Korea Selatan.

Menurutnya, festival itu akan diselitkan dengan persembaha­n nyanyian daripada artis tempatan dan Korea Selatan.

“Menerusi festival itu juga, kita turut menumpukan usaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada empat pertubuhan kebajikan di Sarawak,” katanya.

Justeru, beliau menyeru orang ramai agar datang ke Stadium Sarawak bagi memeriahka­n festival tersebut bermula jam 7 malam pada 29 Oktober ini.

 ??  ??
 ??  ?? PASTI HEBAT: Fazzrudin ketika bersama Dr Ong dan Eunji (kanan) pada sidang media berkenaan penganjura­n Festival Amal Bola Sepak Seoul Stars-Kuching FA di Kuching semalam.
PASTI HEBAT: Fazzrudin ketika bersama Dr Ong dan Eunji (kanan) pada sidang media berkenaan penganjura­n Festival Amal Bola Sepak Seoul Stars-Kuching FA di Kuching semalam.
 ??  ?? BURU KEMENANGAN: Para pegawai dan pemain Miri FA komited untuk memburu kemenangan pada perlawanan menentang Bintulu FA.
BURU KEMENANGAN: Para pegawai dan pemain Miri FA komited untuk memburu kemenangan pada perlawanan menentang Bintulu FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia