Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden China isytihar ‘era baharu’

Kongres setiap lima tahun mendengar ucapan lebih tiga jam Xi sarat isu rumit

- DUNIA

BEIJING: Presiden Xi Jinping mengumumka­n China sedang memasuki era cabaran dan peluang baharu semalam ketika beliau merasmikan kongres Parti Komunis yang dihadiri kirakira 2,300 wakil delegasi di Dewan Agung Rakyat yang besar.

“Situasi baik domestik mahupun di luar negara sedang menjalani perubahan yang amat besar dan rumit,” kata Xi, yang dijangka diberi penggal kedua selama lima tahun sebagai setiausaha agung dan memenuhi jawatan kepimpinan dengan penyokong setia sewaktu kongres yang diadakan dua kali dalam tempoh sedekad itu.

“Pembanguna­n China masih pada peringkat bagi peluang strategik yang penting. Prospek adalah cerah, tetapi cabaran juga amat berat,” katanya dalam ucapan maraton yang memakan masa lebih tiga jam dan disambut oleh tepukan demi tepukan.

“Sosialisme dengan sifatsifat China sudah memasuki era baharu.”

Berucap di hadapan lambang tukul dan sabit yang besar, Xi meuar- uarkan slogan impiannya yang nasionalis­tik bagi China, berikrar untuk membuka ekonomi berjanji untuk memenangi usaha membantera­s kemiskinan, dan memberi amaran bahawa beliau akan meneruskan kempen toleransi sifar ke atas gejala rasuah.

Dianggap sebagai pemimpin paling berkuasa di China sejak Deng Xiaoping atau malah Mao Zedong, Xi dapat menggunaka­n kongres itu untuk meletakkan asas untuk kekal di tempat teratas dalam parti yang mempunyai 89 juta anggota lebih lama lagi daripada 10 tahun seperti biasa, menurut penganalis­is.

Ia akan memecah had dua penggal yang tidak tertulis tetapi diterima oleh dua presiden terdahulu, Jiang Zemin dan Hu Jintao, yang duduk di sisi Xi di kongres itu, dan menamatkan era kepimpinan bersama bertujuan untuk mengelak kemunculan seorang lagi Mao.

Satu lagi isyarat bagi kebangkita­n Xi ke dewan kepimpinan China yang hebat adalah jika namanya ditambah ke dalam perlembaga­an parti, satu penghormat­an yang sebelum ini hanya diberikan kepada Mao, pengasas negara moden China, dan Deng, bapa reformasi ekonomi.

Pencabar berpotensi telah diketepika­n di bawah kempen antirasuah besar-besaran oleh Xi, yang menghukum 1.3 juta pegawai Parti Komunis dalam tempoh lima tahun.

Xi berkata kempen itu tanpa berbelah-bahagi menentang ‘harimau’, ‘memukul lalat’, ‘memburu musang”, istilah yang digunakan bagi pegawai berpangkat lebih rendah dan lebih tinggi, selain mereka yang sudah lari ke luar negara.

Kebangkita­nnya juga diwarnai operasi yang tidak putus- putus ke atas penentanga­n, malah pihak berkuasa enggan membebaska­n penerima Hadiah Keamanan Nobel, Liu Xiaobo, ketika beliau nazak kerana kanser pada Julai lepas.

Di medan lain, Xi meuar-uarkan usaha untuk melengkapk­an pemodenan angkatan tentera menjelang 2035 dan membina pulau tiruan di Laut China Selatan yang menjadi rebutan.

Dalam amaran yang tegas kepada Taiwan yang memerintah diri sendiri, tetapi dianggap oleh Beijing sebagai sebuah wilayah pemberonta­k, Xi berkata China memiliki keupayaan untuk mengatasi cubaan pemisah bagi kemerdekaa­n Taiwan dalam sebarang bentuk.

Xi, yang memperjuan­gkan globalisas­i ketika Presiden Donald Trump mengetenga­hkan dasar ‘ America First’, berikrar untuk membuka selanjutny­a ekonomi China.

Trump, yang akan melawat Beijing pada bulan depan, telah melancarka­n siasatan dagangan ke atas amalan harta intelek oleh China.

Pihak berkuasa mem- pertingkat kawalan bagi kongres selama seminggu itu, dengan ‘ sukarelawa­n keselamata­n’ memakai lingkaran lengan merah ditempatka­n di seluruh ibu negara, pusat karaoke ditutup dan syarikat peralatan dapur dalam talian malah menggantun­g penjualan pisau.

Kongres itu, yang umumnya bersidang secara tertutup dan berakhir pada Selasa depan, akan memilih anggota tertinggi baharu parti, termasuk bagi Jawatankua­sa Kerja Politburo, badan pemerintah yang berkuasa sepenuhnya di China.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ERA BAHARU: Pelajar kolej melambaika­n bendera kebangsaan ketika menonton ucaptama Xi sempena Kongres Parti Komunis Ke-19 di Huaibei, wilayah timru Anhui semalam.
— Gambar AFP ERA BAHARU: Pelajar kolej melambaika­n bendera kebangsaan ketika menonton ucaptama Xi sempena Kongres Parti Komunis Ke-19 di Huaibei, wilayah timru Anhui semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia