Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan UNIMAS amat membanggak­an

Muncul universiti pertama di Malaysia guna aplikasi teknologi imbasan QR Code bermula bulan ini

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) muncul sebagai universiti pertama di Malaysia yang memperkena­lkan sistem pengenalan diri digital menggunaka­n aplikasi teknologi imbasan QR Code.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penggunaan sistem digital yang dilaksanak­an bermula bulan ini sudah pun dipraktikk­an dalam kalangan pelajar dan kakitangan universiti terbabit.

Menurut Idris, beliau difahamkan UNIMAS hanya mengambil masa sebulan untuk melaksanak­an sistem pengenalan diri digital tersebut.

“Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggak­an. Misalnya, apabila pelajar menggunaka­n sistem pengenalan diri digital dengan aplikasi teknologi imbasan QR Code di kampus, anda tidak perlu lagi membawa kad pelajar.

“Malah, teknologi ini juga

Malah, teknologi ini juga boleh diguna untuk kemudahan lain termasuk merekod kehadiran pelajar, memasuki perpustaka­an dan sebagainya. Teknologi ini sememangny­a amat mudah. Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi

boleh diguna untuk kemudahan lain termasuk merekod kehadiran pelajar, memasuki perpustaka­an dan sebagainya. Teknologi ini sememangny­a amat mudah,” ujarnya.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Jubli Perak UNIMAS di Hotel Pullman di sini semalam.

Persidanga­n itu berlangsun­g selama tiga hari sehingga 20 Oktober.

Ditanya sama ada sistem pengenalan diri itu akan diperluask­an ke universiti lain, Idris berkata, beliau akan melaksanak­an sistem yang sama ke Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan seterusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Ya, kita akan melaksanak­an sistem ini di UNIMAP pada bulan November sementara UKM pada bulan Disember,” katanya.

Tambahnya, beliau melihat pelaksanaa­n sistem pengenalan diri digital itu dan sistem penilaian baharu pelajar iaitu Pu- rata Nilai Gred Keseluruha­n Berintegra­si (iCGPA) amat menarik dan sememangny­a menggambar­kan kemampuan UNIMAS.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi memaklumka­n UNIMAS ketika ini menggunaka­n sistem pengenalan diri digital untuk merekod kehadiran pelajar dan kakitangan universiti terbabit.

“Melihat keberkesan­an sistem ini, kita merancang untuk memperluas­kan kegunaanny­a dalam aspek lain. Ini akan kita lakukan secara berperingk­at,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Idris bersama Mohamad Kadim merakamkan kenangan bersama sebahagian pelajar UNIMAS pada majlis Persidanga­n Jubli Perak UNIMAS di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Idris bersama Mohamad Kadim merakamkan kenangan bersama sebahagian pelajar UNIMAS pada majlis Persidanga­n Jubli Perak UNIMAS di Kuching, semalam.
 ??  ?? KERJASAMA: Aini (tiga kiri) bertukar dokumen MoU ditandatan­gani bersama Harry (tiga kanan) disaksikan Idris (empat kiri) serta tetamu jemputan lain.
KERJASAMA: Aini (tiga kiri) bertukar dokumen MoU ditandatan­gani bersama Harry (tiga kanan) disaksikan Idris (empat kiri) serta tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia