Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas maut motosikal dilanggar lori

Mangsa dipercayai keluar dari satu simpang, dirempuh lori tidak sempat mengelak

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang lelaki warga emas terbunuh apabila dirempuh sebuah lori selepas keluar dari satu simpang di Batu 22 Jalan Kuching-Serian dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John berkata mangsa, Bong Jin Sen, 77, semasa kejadian menunggang sebuah motosikal sekitar jam 10.30 pagi.

Menurutnya, mangsa dikatakan keluar dari satu simpang apabila sebuah lori yang dalam perjalanan dari arah Kuching menuju ke Serian tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Mangsa tiba-tiba keluar dari simpang menyebabka­n lori tersebut tidak sempat mengelak sebelum hilang kawalan lalu melanggar mangsa dari belakang.

“Impak pelanggara­n tersebut menyebabka­n mangsa tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa anggota badan lain,” kata Bingkok.

Tambahnya, anggota para- medik yang tiba di lokasi kejadian bagaimanap­un mengesahka­n mangsa meninggal dunia.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” kata Bingkok.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Mangsa tiba-tiba keluar dari simpang menyebabka­n lori tersebut tidak sempat mengelak sebelum hilang kawalan lalu melanggar mangsa dari belakang. DSP Bingkok John Timbalan Ketua JSPT Sarawak

 ??  ?? REMUK: Motosikal mangsa rosak teruk selepas dilanggar lori berkenaan.
REMUK: Motosikal mangsa rosak teruk selepas dilanggar lori berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia