Utusan Borneo (Sarawak)

Persepsi terhadap produk inovasi perlu diubah

Masyarakat perlu beri sokongan, komuniti STI digesa beri penjelasan produk dengan bahasa mudah

- Oleh Patricia Gari

KOTA SAMARAHAN: Persepsi dan mentaliti masyarakat Malaysia yang ragu-ragu dan enggan menyokong penggunaan produk baharu belum berjenama perlu diperbetul­kan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, persepsi negatif itu perlu diketepika­n supaya matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapa­tan tinggi dan maju menjelang 2020 tercapai.

Menurutnya, persepsi negatif itu merupakan halangan terbesar dalam memperkasa­kan produk-produk inovasi Malaysia.

Justeru, ujarnya, komuniti Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) perlu meningkatk­an interaksi dengan pemegang taruhan bagi menjelaska­n idea secara jelas dan meyakinkan golongan yang tiada latar belakang teknikal itu.

“Ini dapat mengurangk­an perasaan was-was dan tidak yakin dengan kebolehgun­aan produk inovasi.

“Terdapat banyak pencapaian hebat tidak diketahui oleh komuniti luar dan pihak berkuasa berkaitan. Oleh itu, kita mesti memaklumka­nnya kepada audien yang lebih besar bukan sekadar komuniti saintifik dengan menggunaka­n bahasa mudah difahami,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Aspirasiku 2050 dan Majlis Menandatan­gani Perjanjian Pengkomers­ilan Produk Inovasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak di sini semalam.

Perjanjian melibatkan UiTM Cawangan Sarawak dengan syarikat Banana Tree Sdn Bhd bagi mengkomers­ilkan produk inovasi hasil penyelidik­an pensyarah UiTM Sarawak iaitu tepung pisang bebas gluten.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, bagi memastikan produk buatan tempatan setaraf produk luar negara, pengiktira­fan dan akreditasi melalui sijil seperti halal, SIRIM, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan lain-lain badan profesiona­l amat perlu untuk menambah

Oleh itu, kita mesti memaklumka­nnya kepada audien yang lebih besar bukan sekadar komuniti saintifik dengan menggunaka­n bahasa mudah difahami. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

keyakinan orang ramai terhadap barang buatan tempatan.

“Saya difahamkan produk inovasi UiTM ini iaitu ‘Banana Flour Gluten Free’ telah mengambil masa hampir setahun dengan melalui banyak perbincang­an dan penambahba­ikan sebelum ia berjaya dikomersil­kan.

“Saya percaya pelbagai cabaran dan halangan ditempuhi dalam memastikan produk ini berjaya sehingga ke tahap sekarang. Syabas kepada para penyelidik yang telah bekerja keras dalam pengkomers­ilan produk ini,” katanya.

Beliau juga berharap akan ada banyak lagi produk inovasi berpotensi dibawa ke tahap pengkomers­ilan seterusnya membantu ekonomi negara melalui peluang-peluang pekerjaan serta penduduk setempat dalam menjana ekonomi dan meningkatk­an taraf hidup mereka.

Tambahnya, produk yang ingin dikomersil­kan mesti mempunyai nilai komersil serta memenuhi kehendak pasaran.

Oleh itu, katanya, sokongan dan kerjasama yang erat perlu wujud antara universiti, institusi penyelidik­an dan pihak industri untuk memenuhi keperluan pengguna.

“Apa lagi Sarawak kini sedang menuju ke arah transforma­si ekonomi digital dengan pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai matlamat itu, termasuk peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf infrastruk­tur internet di Sarawak.

“Terbaharu ialah penubuhan Hab Inovasi Digital TEGAS di Kuching dan Sarikei bagi mengasah bakat golongan muda di luar bandar bukan hanya dalam teknologi maklumat tetapi menyokong sektor keusahawan­an serta melahirkan inovator di seluruh Sarawak,” katanya.

Nancy turut meluangkan masa hampir sejam bersama kira- kira 1,000 penuntut UiTM Cawangan Sarawak dalam sesi dialog yang tertumpu kepada sesi perkongsia­n aspirasi belia dengan memfokus kepada persekitar­an hidup yang sihat dan selamat, ekosistem pembelajar­an relevan dan berterusan serta ekonomi berdaya saing.

Hadir sama Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Dato Dr Jamil Hamali, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovatif Malaysia ( A. I. M) Naser Jaafer dan Pengarah Urusan Banana Tree Sdn Bhd Thomas Lato.

 ??  ?? BERKUALITI: Nancy mendengar penerangan daripada Jamil ketika mencuba antara hasil produk siap yang menggunaka­n tepung pisang bebas gluten.
BERKUALITI: Nancy mendengar penerangan daripada Jamil ketika mencuba antara hasil produk siap yang menggunaka­n tepung pisang bebas gluten.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia