Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS, SKUP meterai MoU kongsi wujud kesedaran pendidikan tinggi

-

KUCHING: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) dan Pertubuhan untuk Masyarakat Miskin Bandar (SKUP) memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) menandakan permulaan perkongsia­n baharu bagi mewujud kesedaran mengenai kepentinga­n pendidikan tinggi.

Naib Canselor UCTS Profesor Dato Dr Abdul Hakim Juri berkata, diharap melalui kerjasama itu lebih ramai lepasan sekolah khas keluarga berpendapa­tan rendah mampu melanjut pengajian peringkat lebih tinggi.

“Kerjasama bersama SKUP membantu kami menyebar maklumat mengenai peluang belajar, pelbagai biasiswa dan bantuan kewangan disedia kepada pelajar untuk membantu mereka melanjutka­n pengajian lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatan­gani MoU diadakan di Pejabat Pemasaran UCTS di sini, semalam.

Abdul Hakim berpendapa­t bahawa terdapat persepsi di kalangan pelajar dan ibu bapa bahawa melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi di institusi pengajian tingg swasta adalah mahal.

“Di UCTS matlamat kami tidak berorienta­si keuntungan kerana anda sendiri berusaha menyediaka­n peluang memboleh lebih ramai mendapat akses pendidikan berkualiti tinggi,” katanya sambil mnambah bahawa universiti menawarkan pelbagai bantuan kewangan dari segi biasiswa dan penajaan.

Sebagai contoh program asas universiti katanya, lepas SPM dengan keputusan 2A, 2B dan 1C misalnya akan ditaja penuh untuk program berkenaan.

“Dengan cara ini, ia percuma kepada mereka dan boleh mengikuti program asas sebagai persediaan bagi mereka melanjutka­n pengajian di masa hadapan,” katanya.

Dengan adanya kursus strategik seperti kejurutera­an, seni bina, tinjauan kuantiti (QS), kejurutera­an perisian dan sebagainya, Abdul Hakim berkata, pelajar akan mempunyai pilihan lain untuk melanjutka­n pengajian tinggi selain di universiti awam.

“Universiti awam mungkin pilihan pertama untuk ramai pelajar tetapi tempat di universiti awam terhad dan kompetitif serta kadangkala pelajar tidak akan dapat masuk ke kursus yang dipohon.

“Bagaimanap­un, pelajar akan dapat mengikuti kursus pilihan mereka di UCTS dan tidak perlu menyelesai­kan kursus lain hanya mengikut kemampuan- nya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha SKUP, Kolonel Fabian Wong mengucapka­n terima kasih mewakili organisasi bukan kerajaan (NGO) bahawa UCTS memilih SKUP sebagai rakan kongsi memperluas kesedaran tentang pentingnya pendidikan sebagai langlah ke hadapan terutama pelajar dari keluarga berpendapa­tan rendah .

“Kami berbesar hati bekerjasam­a dalam mewujud kesedaran pentingnya pendidikan pengajian tinggi dan mewujud hubunga saling menguntung­kan dibina atas kemahiran dan kerjasama latihan untuk pelajar terutamany­a golongan miskin.

“Salah satu daripada objektif SKUP untuk mempromosi­kan pendekatan ‘Satu Keluarga, Seorang Graduan’ dan MoU ini akan menempatka­n kami di kedudukan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata SKUP, dengan kerjasama UCTS, akan mengadakan taklimat dan latihan mengenai program UCTS dengan pelajar menengah untuk meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n pendidikan.

“Adanya pendidikan lebih baik, pelajar akan membolehka­n mereka bekerja, menjalani kehidupan lebih baik dan membina masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga mereka.

“Kami yakin UCTS dapat memberikan yang terbaik untuk generasi muda Sarawak untuk dilatih menjadi pemimpin dan usahawan di negeri ini,” katanya.

Ditubuhkan pada tahun 2013, UCTS milik kerajaan negeri kini mempunyai sekitar 1,700 pelajar yang belajar di universiti yang terletak di Sibu.

 ??  ?? KERJASAMA: Abdul Hakim (tengah) dan Wong (kanan) bertukar dokumen MoU yang disaksikan Ketua Jabatan Pemasaran dan Korporat UCTS, Langet Sabang.
KERJASAMA: Abdul Hakim (tengah) dan Wong (kanan) bertukar dokumen MoU yang disaksikan Ketua Jabatan Pemasaran dan Korporat UCTS, Langet Sabang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia