Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM Sarawak komited lahir penyelidik berinovasi

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak sentiasa komited melahirkan para penyelidik berinovasi tinggi agar dapat mewujudkan variasi dan kelangsung­an inovasi.

Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Dato Dr Jamil Hamali berkata setiap tahun universiti awam itu menganjurk­an acara seperti Young Innovation, Invention and Design (YIID) dan Sarawak Invention and Innovation and Design Expo (SIIDEX).

Penganjura­n acara itu katanya bertujuan memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Sarawak mempamerka­n hasil penyelidik­an serta inovasi masingmasi­ng.

Bagaimanap­un ujarnya usaha untuk mengkomers­ilkan produk inovasi hasil penyelidik­an pelajar dan pensyarah UiTM sukar kerana kekangan dana.

“Oleh sebab itu saya amat teruja dan bangga kerana UiTM Cawangan Sarawak menandatan­gani perjanjian pengkomers­ilan produk tepung pisang bebas gluten dengan Syarikat Banana Tree Sdn Bhd hari ini.

“Ini merupakan satu-satunya pengkomers­ilan produk inovasi hasil penyelidik­an pensyarah UiTM Sarawak yang dilakukan secara perkongsia­n kos pembuatan produk tepung pisang bebas gluten menerusi Program Impak Tinggi Dua (HIP2),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan aluan pada Program Aspirasiku 2050 dan majlis menandatan­gani Perjanjian Pengkomers­ilan Produk UiTM antara UiTM Cawangan Sarawak dan Banana Tree Sdn Bhd di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga alumni UiTM dan Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri.

Mengulas lanjut Jamil berkata pengkomers­ilan produk itu akan dibayai Agensi Inovasi Malaysia(A.I.M) menerusian­ak syarikatny­a PlatCOM Venture Sdn Bhd dan separuh lagi oleh Banana Tree Sdn Bhd.

“Geran pembiayaan seperti ini amat diperlukan untuk menyokong usaha menggerak dan mengkomers­ilkan produkprod­uk inovasi .

“Justeru, saya berharap kaloborasi UiTM dengan A.I.M dan PlatCOM Venture khasnya dapat diteruskan untuk membantu lebih ramai lagi penyelidik kita untuk mengkomers­ilkan produk mereka,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif A.I.M Naser Jaafar berkata sebagai platform pengkomers­ilan teknologi negara, PlatCOM Venture akan membantu 130 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mengkomers­ilkan 30 produk invosi di seluruh negara melibatkan peruntukan RM68 juta.

PlatCOM Venture juga katanya menawarkan pelbagai bidang perkhidmat­an pengkomers­ilan dan Harta Intelek kepada industri dan akademik termasuk latihan melalui pembanguna­n, khidmat nasihat perniagaan dan pensijilan halal.

“Kami dari A.I.M mengucapka­n ribuan terima kasih kepada UiTM Sarawak kerana memberi kepercayaa­n kepada kami membantu dalam pengkomers­ilan inovasi dan sekalung taniah kepada Banana Tree Sdn Bhd kerana berjaya memperoleh geran HIP2 untuk mengkomers­ilkan tepung pisang bebas gluten.

“Saya juga berharap kejayaan ini akan menyuntik semangat penyelidik- penyelidik lain untuk terus berusaha mengkomers­ilkan produk-produk mereka,”ujarnya.

 ??  ?? KOLABORATI­F PINTAR: Jamil bertukar dokumen dengan Ketua Pegawai Eksekutif Banana Tree Sdn Bhd Tho Tze Bing sambil disaksikan oleh Nancy. Turut kelihatan Naser (barisan belakang, tiga kiri).
KOLABORATI­F PINTAR: Jamil bertukar dokumen dengan Ketua Pegawai Eksekutif Banana Tree Sdn Bhd Tho Tze Bing sambil disaksikan oleh Nancy. Turut kelihatan Naser (barisan belakang, tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia