Utusan Borneo (Sarawak)

Allahyarha­m Tok Nan terima Pingat SBS dengan gelaran Pehin Sri

-

KUCHING: Mantan Ketua Menteri ke-5, Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dianugerah­kan Pingat Satria Bintang Sarawak (S.B.S) yang membawa gelaran Pehin Sri di Istiadat Pengurniaa­n Darjah- Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar, Astana Negeri, semalam.

Anugerah berkenaan disampaika­n Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada isteri Allahyarha­m, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu yang turut hadir bagi menerima anugerah tersebut secara anumerta (posthumous).

Pingat Satria Bintang Sarawak merupakan anugerah tertinggi kerajaan negeri Sarawak diberi kepada Allahyarha­m Tok Nan bagi menghargai jasa dan bakti beliau kepada rakyat negeri ini.

Dalam ucapan ringkas oleh mantan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Allahyarha­m Tok Nan telah banyak membawa perubahan kepada pucuk pimpinan kerajaan negeri terutama kecekalan beliau memperjuan­gkan hak autonomi Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang menarik perhatian Kerajaan Pusat.

Selain itu, Tok Nan juga telah menunjukka­n dedikasi dan komitmen beliau sebagai ketua menteri semua kaum di negeri ini tanpa menyisihka­n kaum tertentu dalam era pentadbira­nnya.

Pelbagai usaha dilakukan Tok Nan sepanjang beliau memegang pucuk pimpinan negeri demi kesejahter­aan rakyat.

Rakyat juga menghargai sumbangan beliau dan ini terbukti dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 pada 2016 yang menyaksika­n Barisan Nasional memenangi sebanyak 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Pemergian Tok Nan awal tahun ini sedikit sebanyak meninggalk­an kesan mendalam kepada rakyat masih merindui saat pimpinan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Seterusnya, Pingat Panglima Negara Bintang Sarawak ( P. N. B. S) dianugerah­kan kepada Penasihat Perundanga­n Negeri Sarawak, Datuk Fong Joo Chung (JC Fong) yang membawa gelaran Dato Sri. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Pelabuhan Bintulu Berhad.

Bagi Pingat Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) seramai tujuh penerima kali ini termasuk isteri Ahli Parlimen Saratok, Tan Sri William Mawan Ikom, Puan Sri Datin Sri Julia Mawan dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir, Ripin Lamat.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu, Rodziah Morshidi pula merupakan penerima tunggal Pingat Johan Perkhidmat­an Cemerlang (J.P.C).

Pingat Perkhidmat­an Cemerlang (P.P.C) pula diberikan kepada sepuluh orang penerima dan penerima Pingat Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) berjumlah seramai sembilan orang.

Pingat Bintang Kenyalang (P.B.K) diberikan kepada tujuh penerima, Pingat Perkhidmat­an Bakti (P.P.B) kepada 13 orang penerima, Pingat Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) dan Pingat Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) masing-masing seramai 15 orang penerima.

Sementara itu Pingat Perkhidmat­an Terpuji (P.P.T) diberikan kepada 16 penerima dan Pingat Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) diberi kepada 28 penerima menjadikan jumlah keseluruha­n penerima kali ini seramai 123 orang.

Turut hadir, Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Ragad Kurdi Taib, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, isteri Datuk Patinggi Alfred Jabu, Datin Patinggi Tan Sri Empiang Jabu, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri, Dato Fatimah Mohd Iskandar.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Tun Taib menyampaik­an anugerah Pingat Satria Bintang Sarawak (S.B.S) Allahyarha­m Tok Nan kepada Jamilah.
SAMPAIKAN: Tun Taib menyampaik­an anugerah Pingat Satria Bintang Sarawak (S.B.S) Allahyarha­m Tok Nan kepada Jamilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia