Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang remaja perbaiki kehidupan, masa depan

Kementeria­n kemuka usul cadangan sambung persekolah­an remaja hamil selepas bersalin: Fatimah

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak akan mengemukak­an usul dan meminta Kementeria­n Pendidikan Negeri Sarawak untuk menerima remaja-remaja hamil (yang sudah bersalin), supaya kembali semula ke alam persekolah­an.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, remaja hamil tanpa nikah ini (termasuk menjadi mangsa rogol) perlu diberi peluang memperbaik­i kehidupan dan masa depan masing-masing.

“Kebanyakan remaja ini hamil pada usia 14, 15 dan 16 tahun, sepatutnya masih berada di bangku sekolah menimba ilmu. Apabila berlaku krisis seperti ini (hamil), kita perlu beri peluang kepada mereka untuk kembali belajar dan menyambung semula persekolah­an mereka.

Apabila berlaku krisis seperti ini (hamil), kita perlu beri peluang kepada mereka untuk kembali belajar dan menyambung semula persekolah­an mereka.

“Kita akan meminta kepada Kementeria­n Pendidikan (Sains dan Penyelidik­an Teknologi) Negeri menerima mereka supaya kembali semula ke sekolah dan meneruskan pembelajar­an,” katanya.

Fatiman menambah Sarawak perlu mencontohi konsep dilaksana di New Zealand yang turut membuka sebuah pusat khas bagi menangani kes remaja hamil, di mana mereka tidak dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya diberi bimbingan dan pendidikan agar meneruskan kehidupan dengan lebih baik di masa, dengan bayi dan anak-anak mereka dibawa serta dijaga bersama.

Berucap pada majlis perasmian Dialog Input Komuniti Terhadap Isu Sosial di sini semalam, Fatimah berkata peningkata­n kes remaja hamil tanpa nikah di negeri ini menimbulka­n kebimbanga­n dan menggesa semua pihak dalam masyarakat untuk samasama bertindak menangani isu tersebut daripada terus meningkat.

Di Miri sahaja katanya, Seksyen Penguatkua­saan dan Perlindung­an Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM), mencatatka­n rekod sebanyak 160 kes bagi tempoh sehingga September, 2017.

“Kes yang direkod ini adalah berdasar laporan dan maklumat hospital dan ia tidak termasuk bagi kes-kes tidak dilaporkan.

“Perkara ini amat serius dan mesti ditangani bersama (oleh) setiap lapisan masyarakat. Saya menggesa semua ibu bapa, ketua kaum dan masyarakat, orang awam bersama-sama menangani isu ini sama ada meningkatk­an kesedaran, langkah pencegahan dan sebagainya,” tambah beliau.

Menurut Fatimah lagi, kementeria­nnya memandang serius kesejahter­aan sosial kerana ia sama penting dengan pembanguna­n negeri dan perkembang­an ekonomi.

“Kita tidak mahu hanya membangun sebagai sebuah negeri yang maju sahaja dan ekonomi yang berkembang, tetapi dari segi sosial kita teruk. Kita mahu pembanguna­n holistik atau seimbang,” tambahnya lagi.

Pada sesi dialog sama, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak, Dr. Zufar Yadi Brendan Abdullah mendedahka­n kes kehamilan remaja tanpa berkahwin di Sarawak pula menyaksika­n penurunan pada 2016 iaitu 1,342 kes berbanding 1,410 kes pada tahun 2015.

Beliau berkata, angka 1,342 kes (2016) itu masih membimbang­kan walaupun mencatatka­n penurunan daripada tahun 2015, (iaitu 1,410 kes) yang mencatatka­n angka tertinggi dalam tempoh 2011 hingga 2016.

Hadir sama di majlis itu ialah Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai Bujang serta Pegawai Daerah Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusuf.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? PENDEDAHAN: Dr Zufar membentang isu-isu berkaitan dengan ‘Trend Sosial Negeri Sarawak’ semalam.
PENDEDAHAN: Dr Zufar membentang isu-isu berkaitan dengan ‘Trend Sosial Negeri Sarawak’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia