Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib tetamu kehormat Makan Malam Ulang Tahun Pertama MPKS

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bakal menjadi tetamu kehormat pada majlis Makan Malam Ulang Tahun Pertama Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS), 11 November ini.

Pengerusi MPKS Dato Peter Minos berkata, isteri Tun Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib juga akan hadir pada majlis yang berlangsun­g di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini, jam 7 malam.

Selain itu, katanya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah juga hadir bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk majlis itu nanti.

“Tujuan kita mengadakan majlis ini adalah bagi samasama meraikan ulang tahun pertama MPKS sebagai majlis perbandara­n selain memaklumka­n orang ramai bahawa Tun Taib adalah ‘pencipta’ bandar Kota Samarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sambutan Ulang Tahun Pertama MPKS di Perpustaka­an Awam Kota Samarahan di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Sosial dan Pembanguna­n Komuniti merangkap Setiausaha majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama MPKS Kaunselor Florince Christy.

Minos menambah, seramai 500 tetamu kehormat dengan 50 meja disediakan pada majlis yang akan dimeriahka­n dengan persembaha­n kebudayaan tempatan dan tradisiona­l, selain amanat daripada Tun Taib.

Menurutnya, antara tetamu kehormat yang dijemput untuk menghadiri majlis itu ialah semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kawasan Parlimen Samarahan iaitu ADUN Asajaya juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Muara Tuang Datuk Idris Buang dan ADUN Stakan Dato Sri Mohammad Ali Mahmud.

“Sementara itu, Ahli Parlimen Samarahan Rubiah Wang, Ahli Parlimen Batang Sadong juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian dan ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu turut dijangka hadir.

“ADUN Gedong juga Menteri Muda E-Perdaganga­n Datuk Mohd Naroden Majais, ADUN Simunjan Awla Dris, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, ADUN Nangka juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani antara tetamu kehormat yang dijemput pada majlis itu,” jelasnya.

Sementara itu, Minos memaklumka­n Pesta Samarahan yang dijadual berlangsun­g pada bulan November tahun ini akan ditangguh pada tarikh 26 Januari hingga 29 Januari tahun 2017. KUCHING: Orang ramai diingatkan tarikh akhir pembayaran cukai taksiran untuk separuh kedua tahun 2017 adalah pada 31 Oktober ini.

Kenyataanm­ediaMajlis Perbandara­n Kota Samarahan ( MPKS) semalam berkata, pembayaran itu boleh dibuat di kaunter MPKS, semua cawangan H&L Supermarke­t atau melalui Paybills Malaysia.

“Tidak akan ada penguranga­n atau pembatalan cukai tertunggal dan surcaj dikenakan seperti mana yang diarahkan oleh Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Sebarang permintaan tidak akan dilayan. Oleh itu, orang ramai dimohon untuk memberi kerjasama dalam perkara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia