Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelidik tanaman komoditi disaran terus bantu petani tingkat pendapatan

-

KUCHING: Pakar dan penyelidik tanaman komoditi termasuk lada disaran terus membantu petani dalam bidang berkaitan bagi memastikan mereka terus terbela yang sekali gus meningkatk­an sumber pendapatan.

Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Seri Dr Idris Jusoh berkata, Sarawak merupakan pengeluar lada terbesar bagi negara ini selain mengeluark­an lada paling berkualiti di dunia.

“Kita akan terus meningkatk­an pengeluara­n lada hitam Sarawak dan kualiti lebih baik pada masa akan datang bagi mengembali­kan kegemilang­an lada hitam Sarawak yang terbaik di mata dunia.

“Sehubungan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasam­a dengan kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi dan Lembaga Lada Malaysia (MPB) menubuhkan ladang tanaman lada hitam Sarawak.

“Dengan ini, saya menyaran kepada penyelidik UPM untuk turun padang bagi membantu golongan petani lada hitam yang serta terbela dalam usaha mengeluark­an lada hitam terbaik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan pelancaran Penyelidik­an Translasio­nal: Ladang Tanaman Lada Hitan Sarawak di UPM Kampus Bintulu atau Sarawak Pepper Farm@ UPM Bintulu yang dihadiri Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee di sini, semalam.

Tambah Idris, dengan kerjasama itu penyelidik UPM boleh turun padang dengan membantu petani dari segi tanaman, pembajaan, penyelengg­araan dan sebagainya yang menggunaka­n kaedah terbaharu.

Berhubung dana peruntukan RM1 juta daripada kementeria­n yang diberikan kepada UPM bagi tujuan projek penyelidik­an Sarawak Pepper Farm@ UPM Bintulu, beliau berkata kementeria­n akan mempertimb­ang untuk menambah dana sekiranya petani memerlukan.

“Bagi dana peruntukan berjumlah RM1 juta yang kita serahkan pada hari ini (semalam), ia bertujuan membantu petani dalam projek penyelidik­an ini dan kita akan mempertimb­ang untuk menambahka­nnya.

“Saya perlu berbincang dengan timbalan menteri saya dan Ketua Pengarah bagi menambah peruntukan bila perlu,” tegasnya.

Sementara itu, Dr Annuar dalam ucapannya berkata beliau akan memohon kepada kerajaan negeri agar memperuntu­k geran kepada penyelidik di Sarawak termasuk tanaman komoditi lada.

Sarawak, kata beliau, dijangka menggubal Ordinan Majlis Penyelidik­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) November nanti.

“Kita dijangka menubuhkan Majlis Penyelidik­an yang menjadi platform kepada penyelidik dan di bawah majlis mempunyai banyak kluster dan kita mahu penyelidik­an tanaman lada ini akan menjadi salah satu tanaman utama daripada kluster,” katanya.

Beliau memberitah­u Sarawak perlu meningkatk­an lagi pengeluara­n ladanya bagi membolehka­n negara bukan lagi negara kelima terbesar pengeluar lada di dunia tetapi yang pertama.

“Maka, kita menyaranka­n kepada pengusaha lada atau petani memberi kerjasama dengan UPM dalam projek Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu yang memperuntu­kkan tanah seluas 20 ekar,” katanya.

Beliau memberitah­u Sarawak dianggarka­n mengeluark­an lada hitam 31,000 metrik tan menjelang hujung tahun ini dan merupakan negeri yang menyumbang terbesar iaitu 98 peratus kepada pengeluara­n lada nasional.

 ??  ?? SIMBOLIK: Idris menandatan­gani replika sebagai simbolik pelancaran Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu sambil disaksikan Dr Annuar (dua kanan), Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap (kanan) dan Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris...
SIMBOLIK: Idris menandatan­gani replika sebagai simbolik pelancaran Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu sambil disaksikan Dr Annuar (dua kanan), Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap (kanan) dan Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia