Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu kaji tawar biasiswa kepada MO ikuti pengajian pascasiswa­zah luaran

-

KUCHING: Kerajaan negeri diseru untuk meneliti keperluan menawarkan biasiswa kepada Pegawai Perubatan ( MO) di Sarawak untuk mengikuti pengajian pascasiswa­zah luaran yang diiktiraf kerajaan bagi menangani kekurangan serius pakar perubatan, terutama di luar bandar.

Pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen Dr Kelvin Yii berkata, sementara inisiatif kerajaan negeri baru-baru ini untuk menaja sekurangku­rangnya 200 warga tempatan dalam tempoh lima tahun melanjutka­n pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dialu-alukan, namun ia tidak dapat menangani keperluan semasa dan kekurangan doktor pakar yang kian mendesak di Sarawak.

“Pada masa ini, keperluan mendesak untuk doktor-doktor, bukan di kalangan lulusan baharu kerana terdapat ramai graduan perubatan di seluruh negara. Ramai yang perlu menunggu enam bulan hingga setahun untuk tempoh latihan kerana hanya terdapat kirakira 5,000 slot setahun.

“Apa yang mengalami kekurangan serius adalah jumlah pakar perubatan dalam pelbagai bidang. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dalam lawatan ke negeri baru-baru ini turut menekankan kekurangan doktor pakar termasuk Pakar Perubatan Keluarga (FMS) di kawasan luar bandar,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Dr Yii berkata, cadangan itu akan secara khusus menyasarka­n MO yang layak dan berwibawa, dan menawarkan peluang melanjutka­n pengajian dan latihan untuk menjadi pakar bukan hanya di universiti-universiti tempatan, tetapi juga peperiksaa­n luar yang diiktiraf kerajaan bagi melayakkan mereka menjadi pakar.

Menurutnya, kekosongan di universiti tempatan untuk pengajian pascasiswa­zah adalah terhad setakat ini, justeru mengehadka­n peluang doktor perubatan yang kompeten melanjutka­n pendidikan.

“Menawarkan peperiksaa­n untuk mengambil peperiksaa­n luaran termasuk MRCP untuk Perubatan Dalaman, MRCOG untuk Obstetrik untuk Ginekologi, FRCR untuk Radioterap­i dan Onkologi, MRCPCH untuk Pediatrik antara lain boleh membantu menangani keperluan mendesak terhadap pakar perubatan di negeri, sebagai tambahan kepada mereka yang menamatkan pengajian dari universiti tempatan,” katanya.

Menurut Dr Yii, kos peperiksaa­n luaran itu adalah dari RM20,000 hingga RM50,000 atau lebih, bergantung kepada jenis peperiksaa­n dan percubaan yang dibuat untuk lulus.

 ??  ?? KIBAR CABARAN SARAWAK: Kontinjen Sarawak ke Hari Potensi Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan berlepas dari LTAK tengah hari semalam.
KIBAR CABARAN SARAWAK: Kontinjen Sarawak ke Hari Potensi Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan berlepas dari LTAK tengah hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia