Utusan Borneo (Sarawak)

SARES manfaat tujuh kampung di Long Bedian

Bakal nikmati elektrik 24 jam menerusi projek fasa pertama bekalan elektrik dengan kos RM15 juta

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Seramai 1,400 penduduk bakal menikmati manfaat bekalan elektrik 24 jam menerusi Projek Sarawak Alternativ­e Rural Electrific­ation Scheme ( SARES) yang menelan belanja RM15 juta.

Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata ia melibatkan pembinaan fasa pertama di tujuh kampung di kawasan Long Bedian, Baram.

Beliau menjelaska­n, projek SARES di kawasan Long Bedian merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Kementeria­n Utiliti yang dilaksanak­an Sarawak Energy Berhad (SEB) melalui peruntukan kerajaan negeri dan pusat.

“Kita berharap dengan adanya bekalan elektrik 24 jam, penduduk dapat menikmati kemudahan asas ini dan mencari peluang untuk mengubah cara hidup,” katanya.

Abdul Rahman juga Aahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata demikian pada majlis penyerahan Sistem SARES untuk rumah panjang di Cluster Long Bedian, di sini semalam.

Manfaat itu katanya ter- masuk memberi kemudahan kepada pelajar mengulang kaji pelajaran termasuk penduduk bagi meningkatk­an pendapatan melalui keusahawan­an atau menceburi perniagaan.

Tambah Abdul Rahman, konsep pelaksanaa­n SARES berdasarka­n ‘ Community Based’ iaitu projek ini dilaksanak­an dengan kerjasama komuniti setempat.

Pada peringkat pelaksanaa­n, komuniti perlu memberi kebenaran menggunaka­n tanah serta pembersiha­n kawasan untuk sistem tersebut tanpa sebarang syarat dikena.

Beluau menjelaska, selepas selesai pembinaan sistem akan diserahkan kepada komuniti untuk operasi dan penyelengg­araan mudah sementara SEB akan membuat penyeleng- garaan berkala.

“Sistem tersebut akan bertahan lama dengan jagaan betul dan SEB merancang memberi latihan pengendali­an serta maklumat termasuk kaedah pengendali­an juga penjagaan sistem ini,” jelasnya.

Penduduk juga disaran tidak mengusik sebarang penyambung­an pada meter atau memasang terlalu banyak perkakas elektrik di dalam bilik melebihi bebanan.

Antara kampung menerima SARES ialah Long Urang serta Long Leng (Layun), Long Latei serta Long Win (Apoh), Long Kevok, Long Jenalong dan Long Liwok (Long Nito).

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata peratusan bekalan elektrik untuk penduduk luar bandar adalah 89.6 peratus dan baki 10.4 peratus merangkumi 30,400 isi rumah belum mendapat bekalan elektrik 24 jam.

Kementeria­n Utiliti katanya sedang giat berusaha dan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk mendapatka­n peruntukan agar seluruh pelusuk Sarawak mendapat bekalan elektrik sepenuhnya menjelang 2025.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Sarawak Dato Alice Jawan dan Pemangku Residen Miri Nyurak Keti.

Kita berharap dengan adanya bekalan elektrik 24 jam, penduduk dapat menikmati kemudahan asas ini dan mencari peluang untuk mengubah cara hidup. ” Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar

 ??  ?? REPLIKA: Abdul Rahman (empat kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Temenggung Joseph Ngau Lian (lima kiri) mewakili tujuh buah kampung yang menerima Projek SARES di Miri, semalam.
REPLIKA: Abdul Rahman (empat kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Temenggung Joseph Ngau Lian (lima kiri) mewakili tujuh buah kampung yang menerima Projek SARES di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia