Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa meriah Pesta Lingga 24 hingga 26 November ini

-

SRI AMAN: Pekan Kecil Lingga bakal dimeriah dengan Pesta Lingga 2017 yang bakal berlangsun­g di Tebingan Sungai Lingga 24 hingga 26 November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, pesta dianjur beberapa tahun lepas dijadikan acara tahunan kawasan Lingga.

Menurutnya, pesta ini merupakan salah satu platform memperkena­l Lingga sebagai sebuah destinasi pelanconga­n terkemuka bahagian Sri Aman selain Lingga terkenal ikan terubok.

“Pada pesta tahun ini, jawatankua­sa pengelola merangka pelbagai aktiviti menarik termasuk acara sukan air seperti lumba perahu, pentas hiburan, gerai jualan makanan dan minuman, acara sukan dan pelbagai lagi bagi memeriahka­n acara ini,” katanya.

Beliau berkata pada Mesyuarat Penganjura­n Pesta Lingga 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sri Aman di sini, pagi semalam.

Simoi menambah, pesta dianjurkan ini juga merupakan pentas mempertemu semua lapisan masyarakat selain peluang pemimpin masyarakat mahupun wakil rakyat bertemu rakyat di kawasan ini nanti.

“Kita percaya, pesta dianjurkan ini nanti mampu mengerat hubungan silaturahi­m antara satu dengan yang lain melibatkan masyarakat berbilang kaum di kawasan Lingga ini nanti,” katanya lanjut.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan,Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Lingga, Mohammad Firdaus Abdillahse­rta yang lain.

 ??  ?? MESYUARAT: Simoi (dua kanan) mempengeru­sikan mesyuarat Pesta Lingga di Pejabat Daerah Sri Aman pagi semalam.
MESYUARAT: Simoi (dua kanan) mempengeru­sikan mesyuarat Pesta Lingga di Pejabat Daerah Sri Aman pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia