Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berpotensi besar dalam industri tenusu

Pengalaman di New Zealand, Brangka kini buka ladang kambing tenusu di Kampung Quop Dayak

- Oleh Abdul Hakim Bujang

KUCHING: Tamat tingkatan lima, Brangka Munan, pemuda Iban yang lahir di Jalan Chawan, Kuching berkelana ke New Zealand.

Setelah menamatkan pengajian di Universiti Lincoln dalam bidang Sains dan Pertanian, dia memilih untuk bekerja sebagai kuli di ladang.

“Saya bermula dari bawah, sebagai pekerja ladang sebelum membeli sedikit lembu di sana, lembu di sini dan akhirnya memiliki ladang seluas 450 ekar dengan 500 ekor lembu,” cerita beliau kepada Utusan Borneo.

Pengalaman beliau selama lebih 20 tahun itu digunakan sebaiknya apabila dia membuat keputusan untuk kembali ke Kuching pada tahun 2013 selepas lebih 20 tahun menternak lembu di New Zealand.

Kini, beliau membuka sebuah ladang kambing tenusu di Kampung Quop Dayak, Kuching dan menjual segala produk tenusu beliau terus ke pasar raya tempatan selain khidmat penghantar­an dari rumah ke rumah.

“Sekarang kami ada 120 ekor kambing baka tenusu dari Eropah dan dalam masa terdekat 100 ekor lagi akan diberikan oleh kera- jaan Sarawak. Terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah yang berkunjung ke sini tempoh hari,” jelas beliau.

Baka utama yang diternak oleh Brangka ialah Saanen dari Switzerlan­d serta sedikit dari baka Jamnapari (India), Alpine (British) dan Toggenburg (Switzerlan­d).

Buat masa sekarang, beliau memelihara kambingnya dalam 24 bangsal yang dilengkapi kemudahan asas serta inovasi yang hanya digunakan penternak berpengala­man seperti Brangka.

Bercerita tentang bantuan yang diterima beliau, Brangka berkata pihaknya akan menerima 100 ekor kambing dewasa dan selepas dua tahun, pihaknya perlu membayar balik anak kambing yang sudah dewasa kepada kerajaan.

“Saya tidak pasti berapa kos 100 ekor kambing tenusu itu tetapi cadangan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri kepada kami itu sudah semestinya akan mengembang­kan lagi industri ini.

“Kambing yang kami bayar balik nanti, boleh diberi- kan pula kepada penternak lain dan mereka memberi pula kepada kerajaan untuk diberikan kepada orang berikutnya,” kata beliau.

Selain kambing, Sarawak juga berpotensi besar untuk menceburi bidang penternaka­n lembu tenusu kerana kita mempunyai tanah yang luas.

“Bakanya sudah ada, malah Malaysia pernah mencubanya namun berhenti begitu sahaja. Indonesia dan Thailand sudah menceburin­ya. Ini peluang kita, inilah masa paling sesuai,” kata beliau.

Menurutnya, berbeza dengan negara Eropah serta kuasa besar lain, pertanian seakan dilupakan di Malaysia suatu ketika dahulu ketika kita sibuk mengejar kemajuan industri serta teknologi.

“Kami sudah menghantar kertas cadangan kepada menteri untuk berkongsi pengalaman kami di peringkat akar umbi serta pengeta- huan praktikal yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain,” katanya yang mula aktif menternak lembu sejak 1990.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengikut konsep ‘Residentia­l Internship’ yang memerlukan seorang pelatih bermula dari bawah, tinggal serta hidup di ladang untuk mengetahui segala ilmu serta selok-belok penternaka­n terbaik dari ladang besar.

Selain itu, Brangka serta isterinya, Phillipa Munan, anak jati New Zealand terkejut menerima jumlah pengunjung yang ramai di ladang mereka saban hari.

“Kami ini peladang desa dari New Zealand, semua orang ada ladang di New Zealand, kami tak tahu pula ia suatu tarikan pelanconga­n di Malaysia,” seloroh beliau.

Ladang mereka kini sedang sibuk menjalani kerja kerja naik taraf tandas demi kemudahan pelawat, selain projek membina kandangkan­dang baru bagi kambing yang diberikan oleh kerajaan Sarawak nanti.

Bagi orang ramai yang ingin menikmati susu segar keluaran ladang Brangka, boleh membeli susu segar yang dibotolkan itu di pasar raya tempatan dengan jenama ‘The Milk Shop daily fresh.’

 ??  ??
 ??  ?? BINA: Kerja-kerja membina kandang sedang dilakukan bagi menempatka­n kambing baharu.
BINA: Kerja-kerja membina kandang sedang dilakukan bagi menempatka­n kambing baharu.
 ??  ?? MAJU: Brangka serta isterinya, Phillipa bersama kambing ternakan di ladang mereka.
MAJU: Brangka serta isterinya, Phillipa bersama kambing ternakan di ladang mereka.
 ??  ?? BAKA BERKUALITI: Kambing baka dari Eropah di ladang ternakan Phillipa.
BAKA BERKUALITI: Kambing baka dari Eropah di ladang ternakan Phillipa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia