Utusan Borneo (Sarawak)

Dayang berjaya mencapai 66 juta jam tanpa kemalangan atau LTI

-

MIRI: Penyedia perkhidmat­an minyak dan gas huluan yang disenaraik­an, Dayang Enterprise Sdn Bhd (Dayang) berjaya mencapaika­n rekod membanggak­an dengan rekod 66 juta jam tanpa kemalangan atau Kehilangan Masa Kecederaan (LTI).

Perkara itu diumum sendiri Timbalan Pengarah Urusannya, Joe Ling yang juga melahir rasa bangga dengan pencapaian kakitangan dalam usaha mengekal budaya dan persekitar­an kerja selamat.

“Tujuan penetapan matlamat ini kita lakukan untuk memastikan perjalanan kerja lancar agar semua pihak mengambil bahagian dan bersama-sama menyumbang ke arah persekitar­an kerja selamat.

“Dari sini, hasil amat ketara dan tidak ternilai akan, mampu menyelamat­kan nyawa, mencegah kemalangan dan daripada kecederaan serta kerosakan harta benda, yang boleh menyebabka­n kerugian termasuk masa,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian semasa berucap merasmi dan melancarka­n Kempen Kualiti, Kesihatan, Keselamata­n, Keselamata­n dan Alam Sekitar (QHSSE) Dayang, yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Menurut Ling lagi, langkah melancarka­n Kempen QHSSE itu juga mencermink­an budaya syarikat yang mahu memastikan keperluann­ya dalam melindungi semua kakitangan­nya agar sentiasa mengutamak­an kesihatan dan keselamata­n di tempat kerja dan dalam semua peringkat operasi syarikat itu.

“Walaupun terdapat pergolakan ekonomi dan kegiatan tidak menentu, kita masih berusaha untuk mempromosi­kan kepentinga­n QHSSE di kalangan pekerja kita, termasuk kempen menderma darah, ceramah dan kempen kualiti keselamata­n seperti hari ini,” katanya.

Beliau berkata matlamat itu juga sejajar dengan tujuan QHSSE dan tema kempen ‘Kelestaria­n Kualiti, Kesihatan, Keselamata­n, Keselamata­n dan Prestasi Alam Sekitar’.

Dalam ucapannya beliau juga, Ling turut menggar- iskan tiga cara ke arah mewujud persekitar­an semua orang mempunyai hala tuju iaitu pertama menetapkan matlamat, kedua dengan menentukan peluang supaya semua orang dapat mencapai tujuan dan ketiga dengan membina persekitar­an kerja yang aman secara sedar.

Pelancaran­programQHS­SE diadakan di salah sebuah kelab golf utama di sini, telah dihadiri 130 orang termasuk wakil syarikat industri minyak dan gas seperti PETRONAS, Shell, Murphy, Nippon Oil, KDOC dan Dayang Manage- ment serta pegawai kanan dan kakitangan­nya.

Antara aktiviti diadakan sempena pelancaran kempen tersebut ialah ceramah, pameran dan gerai pameran mengenai QHSSE yang berkaitan dengan industri dan perlindung­an individu.

Sebelum pelancaran tersebut, Dayang juga telah menganjurk­an satu kempen derma darah pada 27 September lalu di ibu pejabatnya di Hilltop.

 ??  ?? AMANAT: Ling menyampaik­an ucapan perasmian beliau di majlis tersebut.
AMANAT: Ling menyampaik­an ucapan perasmian beliau di majlis tersebut.
 ??  ?? RASMI: Ling (dua kanan) melakukan gimik pelancaran Kempen QHSSE 2017, Dayang, di Miri.
RASMI: Ling (dua kanan) melakukan gimik pelancaran Kempen QHSSE 2017, Dayang, di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia