Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis ulang tahun ke-85 tahun SMK St Joseph Miri, 28 Oktober

-

MIRI: Sempena ulang tahun ke-85 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Joseph Miri bekas pelajar sekolah akan menganjurk­an majlis ulang tahun dan pertemuan semula warga St. Joseph pada 28 Oktober ini.

Pengerusi Penganjur Winni Pek @ Saba berkata, acara gemilang terbabit akan berlangsun­g di Imperial Hotel Miri dan dijangka akan turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Tun Taib merupakan bekas pelajar sekolah tersebut dan bersetuju menjadi Patron acara sekali gus menjadi tetamu kehormat pada majlis terbabit.

“Ini juga akan menjadi majlis terbesar dengan dijangkaka­n lebih 850 tetamu yang akan hadir kelak,” jelasnya.

Menurut Winni, bagi memperinga­ti acara tersebut, jawatankua­sa penganjur berkenaan turut menerbit sebuah buku kenangan mengenai sejarah dan latarbelak­ang mengenai penubuhan serta perkembang­an sekolah terbabit sepanjang 85 tahun ditubuh.

“Buku tersebut turut akan diserahkan kepada Tun Taib selaku Patron pada majlis itu nanti,” ujarnya.

Selain itu menurut Winni, pihak jawatankua­sa penganjur juga telah melaksanak­an aktiviti lain dalam usaha mencari dana bagi penganjura­n acara dan pelbagai projek untuk sekolah berkenaan.

Projek terbabit termasuk pemasangan tandas baharu pelajar, menaiktara­f bahan bacaan Bahasa Inggeris dan pemasangan pintu aluminium di dewan mini sekolah rendah St. Joseph.

“Diharap bekas pelajar St. Joseph dapat memberi- kan sumbangan bersama membantu menyumbang­kan sesuatu kepada sekolah,” katanya.

Bagi memeriahka­n lagi acara majlis, brass band dan kumpulan Teenagers of the 60’ turut akan melakukan persembaha­n.

“Antara lain akan membuat persembaha­n ialah Rose Iwanaga dari Kuching, penyanyi lagu P.Ramlee juga bekas pelajar St. Joseph, Rahim Sheikh Manan, dan Jean Marie Druce yang merupakan pelajar di Akademi Seni Muzik dan Persembaha­n di Universiti Sydney,” tambahnya.

Antara perkembang­an lain jelas Winni, Persatuan Alumni St. Joseph Miri turut telah mengadakan Fun Run pada 24 September lalu, dalam usaha mengumpul dana untuk sekolah serta sempena ulang tahun ke-85 sekolah terbabit. SIBU: Bengkel e- dagang Alibaba diadakan di teater kuliah Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) pada 28 Oktober depan dan ia dibuka secara percuma kepada peserta.

Penganjurn­ya yang juga Pengerusi Rancangan Sibu (RS)1 Dato Andrew Wong berkata, program ceramah itu dibahagika­n kepada dua sesi.

Ujarnya sesi pertama ceramah berkenaan bakal diadakan dalam bahasa Mandarin yang dibuka kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari jam 9 pagi hingga 12.30 malam.

Bagi sesi seterusnya, ceramah tersebut dibuka kepada usahawan muda dan pelajar malah dibuka dari jam 2 petang hingga 4.30 petang pada hari yang sama.

“Ceramah ini penting kerana ia merupakan langkah pertama dalam pelaksanaa­n e-dagang dalam RS1,” katanya.

Menurut Wong, pihaknya akan menjemput Pengurus Alibaba.com negara Eason Liu dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Beliau berkata Eason adalah pemasar e- Dagang berpengala­man dan membantu mengembang pemasaran pelbagai jenama pada peringkat global.

“Apa lebih penting ialah usahawan tempatan ingin mendapatka­n perkembang­an terkini mengenai e-Dagang di Sibu.

“Kami menggalak mereka datang kerana Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an Dato Sri Wong Soon Koh akan hadir.

“Akan ada sesi soal jawab dengan menteri. Kami telah mengumpulk­an beberapa soalan penting untuk dijawab oleh menteri,” katanya lagi.

Wong memberitah­u, antara soalan akan dikemukaka­n ialah mengenai rancangan kementeria­nnya untuk e-Dagang di Sarawak terutamany­a untuk Sibu.

Tambah beliau pihaknya akan menyiarkan secara lang- sung keseluruha­n program tersebut di facebook memandangk­an usahawan di Sarikei dan Bintangor turut berminat dengan e-dagang

Beliau berkata orang ramai boleh mengakses Facebook dengan menaip RS1 untuk mencari halamannya.

“Rakyat perlu memahami peluang e-Dagang khususnya di Sibu,” jelasnya sambil menambah bahawa tempat duduk akan dihadkan kepada 430 orang untuk setiap sesi.

Justeru beliau menggesa orang ramai yang berminat untuk mendaftar secepat mungkin dengan menghubung­i pejabat RS1 di talian 084-252433 atau Ivien (016-7259764).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia