Utusan Borneo (Sarawak)

TYT Pulau Pinang dan isteri lawat Kompleks Kebajikan Laila Taib

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas serta isteri Toh Puan Dato’ Seri Utama Majimor Shariff mengadakan lawatan ke Kompleks Kebajikan Laila Taib di sini semalam.

Ketibaan Tun Abdul Rahman dan Toh Puan Majimor di PERYATIM disambut mesra oleh seramai 140 anak yatim hadir bagi memeriah majlis tersebut.

Yang Di- Pertua Majlis Islam Sarawak merangkap Pengerusi PERYATIM, Datu Misnu Taha dalam ucapan ringkas berkata tujuan utama penubuhan kompleks ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim di seluruh Negeri Sarawak.

“Penaung pertama PERYATIM, Allahyarha­mah Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila Taib berusaha memastikan anak yatim diamanah dibekal pendidikan sebagai satu pelaburan modal insan untuk masa depan lebih terjamin”, ujar beliau.

Katanya, pendidikan agama dan ilmu dalam bidang kemahiran seperti memasak, menjahit dan bidang pertanian turut diketengah kepada anak yatim supaya bakat mereka dapat dikembang kepada masyarakat dan negara.

Misnu turut menggesa pihak ingin memberi sumbangan, agar hasrat sumbangan dihulur berdasarka­n keupayaan bukan kerana simpati semata-mata.

Penghuni kompleks anak yatim terdiri daripada berbagai keturunan dan suku kaum terdapat di Sarawak seperti Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Cina dan sebagainya.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri Datin Zuraini Abdul Jabbar, dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Tan Sri Dato’ Seri Mohd Yussof Latiff.

 ??  ?? KENANGAN: Tun Abdul Rahman Abbas (empat kiri) dan isteri (empat kanan) serta rombongan merakam gambar kenangan bersama anak-anak yatim Kompleks Kebajikan Laila Taib, PERYATIM.
KENANGAN: Tun Abdul Rahman Abbas (empat kiri) dan isteri (empat kanan) serta rombongan merakam gambar kenangan bersama anak-anak yatim Kompleks Kebajikan Laila Taib, PERYATIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia