Utusan Borneo (Sarawak)

14 Disember sebutan lanjut bela diri tertuduh bunuh Bill Kayong

-

MIRI: Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan lanjut kes mendengar keterangan bela diri tertuduh pertama, Mohamad Fitri Pauzi dituduh membunuh aktivis sosial, Bill Kayong.

Manakala tertuduh diperintah­kan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Penetapan tarikh itu dibuat Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan yang dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah yang dibuat di dalam kamar hakim.

Dalam permohonan­nya, I’zzat memohon satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes bagi mendengar keterangan bela diri Fitri sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung rayuan yang dikemukaka­n pihak pendakwa terhadap pembebasan tiga tertuduh lain dalam kes ini.

Fitri, 30, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian Bill Kayong.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpang­an lampu isyarat berhampira­n Pasaraya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini.

Pada 6 Jun lalu, Hakim Ravinthan N. Paramaguru mendapati pihak pendakwa berjaya mengemukak­an kes prima facie terhadap Fitri dalam kes ini, justeru memerintah­kannya supaya membela diri.

Pada tarikh sama, beliau memutuskan agar tertuduh Lie Chang Loon, Chin Wei Chung dan Datuk Stephen Lee Chee Kiang masingmasi­ngnyatertu­duh kedua, ketiga dan keempat dibebas dan dilepas d tuduhan bersubahat membunuh Bill Kayong setelah mendapati tiada bukti kukuh mengaitkan mereka dengan kesalahan didakwa.

Bagi kesalahan itu, Lie, 38, dari Taman Pin Fook; Chin, 51, dari Lorong 5 Krokop dan Datuk Stephen Lee, 45, dari Jalan Woodhouse, Tanjong Lobang di sini masing-masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang turut memperuntu­kkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dalam kes itu, ketiga- tiga tertuduh dituduh bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas mengupah Mohamad Fitri Pauzi untuk membunuh Bill Kayong.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

 ??  ?? TANGGUH: Fitri duduk di luar kamar hakim sementara menunggu kesnya disebut lanjut semalam.
TANGGUH: Fitri duduk di luar kamar hakim sementara menunggu kesnya disebut lanjut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia