Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba alu-alukan kerjasama laksana program inovasi Laksana menerusi pertanding­an inovasi bagi kategori hybrid

-

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat ( JBPM) mengalu- alukan jabatan, agensi, pihak swasta atau pusat pengajian tinggi yang berminat untuk menjalin kerjasama melaksanak­an program inovasi yang berkemampu­an meningkatk­an kepantasan kerja menyelamat.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) JBPM Datuk Amer Yusof berkata jika mempunyai idea baharu dalam aspek keselamata­n, menyelamat, bencana atau situasi kecemasan, mereka boleh berjumpa dengan pihaknya agar idea itu boleh dikembangk­an untuk kemudahan bersama

Beliau berkata kerjasama itu boleh dilaksanak­an menerusi pertanding­an inovasi bagi kategori hybrid, yang baharu diwujudkan pada tahun ini, namun pelaksanaa­nnya bermula pada tahun lalu, memandangk­an rekaan itu memer- lukan masa dan beberapa siri percubaan sebelum berjaya mencapai matlamatny­a.

“Mereka juga akan diberikan bantuan kewangan dalam melaksanak­an program inovasi pilihan dengan keutamaan diberikan kepada projek yang dapat membantu memudahkan tugasan bomba dalam kerja menyelamat dan mengelak bencana.

“Sebagai contoh, Bomba Selangor bekerjasam­a dengan agensi perikanan mencipta ‘the light house’ bagi menangani masalah menurunkan bot ketika air surut, yang sangat berguna dalam kerja menyelamat melibatkan sungai atau laut,” katanya kepada Bernama.

Amer berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaia­n Hadiah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan Inovasi JBPM yang disampaika­n Ketua Pengarahny­a Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim di sini, kelmarin.

Beliau menambah setiap projek inovasi yang berpotensi akan terus diperhalus­i oleh bahagian peyelidika­n dan pembanguna­n (R&D) jabatan supaya rekaan itu tidak ‘berkubur dengan tamatnya tempoh pertanding­an’.

“Kita juga akan mempatenka­n rekaan yang sesuai bagi melindungi hak ciptanya supaya tidak sewenangwe­nangnya ditiru pihak lain selain sebagai menghargai usaha mereka selama setahun mencipta alatan itu,” katanya.

Amer menambah JBPM tidak berniat menjadikan rekaan baharu itu sebagai hak mutlak jabatan sahaja, sebaliknya bersedia berkongsi dengan jabatan yang sesuai seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terlibat dalam bantuan kecemasan. — Bernama

Mereka juga akan diberikan bantuan kewangan dalam melaksanak­an program inovasi pilihan dengan keutamaan diberikan kepada projek yang dapat membantu memudahkan tugasan bomba dalam kerja menyelamat dan mengelak bencana. Datuk Amer Yusof Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) JBPM

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Dr S Subramania­m menyalakan pelita ‘Kuttu Vilakku’ sempena rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves, ibu negara semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Dr S Subramania­m menyalakan pelita ‘Kuttu Vilakku’ sempena rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves, ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia