Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Muda Perlis mahu umat Islam bijak tangani Islamofobi­a

-

DHAKA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l mahu umat Islam menjunjung prinsip kesederhan­aan dalam menangani isu Islamofobi­a. Titah baginda Islam mementingk­an aspek kesederhan­aan yang menjadi teras dakam kehidupan umatnya.

“Islamofobi­a mesti ditangani dengan lebih berkesan melalui sikap wasatiah yang menjunjung prinsip kesederhan­aan,” titah baginda di hadapan kira-kira 150 masyarakat Malaysia di Bangladesh, di sini pada Isnin malam.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian pada pro- gram Liqa Mawaddah anjuran MAIPs di Kurmitolla Golf Club di sini.

Titah baginda MAIPs sedang mengambil pendekatan mengajak umat Islam di luar negara sentiasa bersikap sederhana melalui program Liqa Mawaddah bersama masyarakat Malaysia di luar negara.

Antara pengisian program ialah tazkirah khas oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk ‘Wasatiah: Bagaimana Islam mendisipli­nkan penganutny­a dengan peraturan”.

Bersempena program itu Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaik­an sumbangan MAIPs untuk Tabung Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 kepada pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Bangladesh melalui Setiausaha Pertama, Idham Zuhri Mohd Yunus.

Tabung itu bertujuan membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kecemasan termasuk kes terkandas di Bangladesh.

Selain di Bangladesh, program sedemikian juga pernah dianjurkan oleh MAIPs di London, Riyadh, Jeddah, Kuwait, Muscat, Doha dan Dubai.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Daffodil Internatio­nal University Bangladesh, Sabur Khan.

Raja Muda Perlis berada di Bangladesh selama empat hari sejak Ahad bagi mengetuai misi kemanusiaa­n membabitka­n beberapa pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pelarian termasuk meninjau kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) bergambar kenangan bersama Md Sabur (tiga kanan) sambil menunjukka­n buku bertajuk ‘ The Importance of Understand­ing the Text and the Context of Hadith’ karangan Dr Mohd Asri (tiga kiri) selepas merasmikan Syarahan...
— Gambar Bernama ALBUM: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) bergambar kenangan bersama Md Sabur (tiga kanan) sambil menunjukka­n buku bertajuk ‘ The Importance of Understand­ing the Text and the Context of Hadith’ karangan Dr Mohd Asri (tiga kiri) selepas merasmikan Syarahan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia