Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan bantu pekebun kecil sawit tangani serangan ulat bungkus

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) diberikan masa dua minggu untuk membentang­kan cadangan komprehens­if dalam menyelesai­kan masalah ancaman serangan ulat bungkus bagi jangka pendek dan panjang.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, pihaknya memandang serius perkembang­an membimbang­kan berhubung ancaman itu kerana ia boleh mengurangk­an produktivi­ti pokok sawit terlibat antara 30 dan 50 peratus, dengan kerugian dianggarka­n melebihi RM120 juta setahun.

“Masalah ini melibatkan sejenis ulat parasit ( ulat bungkus) yang hinggap serta menyerang pokok kelapa sawit. Walaupun bersaiz kecil, ia boleh merosakkan keselu- ruhan pelepah sawit daripada pokok ke pokok dengan merosakkan daun hijau sehingga kering,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata melalui kajian MPOB, sehingga akhir September lepas, lebih 33,000 hektar keluasan tanaman sawit diserang ulat bungkus meliputi kawasan di Johor, Perak, Pahang dan Selangor.

Katanya, ancaman ulat berkenaan telah memberi kesan kepada lebih 13,000 pekebun kecil di seluruh negara.

“Kementeria­n turut mengambil maklum bahawa pekebun kecil sawit dipersalah­kan oleh pengusaha-pengusaha ladang sawit yang lain atas penyebaran serangan ulat bungkus dari ladang ke ladang,” katanya.

Mah berkata ia berikutan kebanyakan pekebun kecil tidak mempunyai peruntukan kewangan mencukupi untuk membeli racun penghapus ulat selain tiada kefahaman khusus dalam mengawal serangan ulat bungkus tersebut.

“Berkenaan masalah ini, kementeria­n memberi jaminan untuk membantu pekebun kecil sawit untuk menanganin­ya,” kata beliau.

Dalam kenyataan sama, Mah berkata 500,730 pekebun kecil getah telah memohon Bantuan Musim Tengkujuh yang akan bermula 1 Nov ini.

Katanya pemohon yang layak bakal menerima bantuan kewangan RM200 sebulan untuk tempoh November ini hingga Januari 2018 bagi menjaga kebajikan pekebun yang terjejas sepanjang musim tengkujuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia