Utusan Borneo (Sarawak)

60 pakar perubatan sedia berkhidmat di hospital medan di Bangladesh

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan akan menugaskan 60 pegawai dan pakar perubatan di hospital medan yang akan dibina di kem pelarian etnik Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata kumpulan pertama tersebut yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang akan ke kem pelarian itu sebaik mendapat kebenaran pihak berkuasa Bangladesh.

“Ini adalah satu keputusan jemaah menteri bahawa kita menyediaka­n hospital medan di Bangladesh untuk membantu pelarian dari sudut kesihatan.

“Kita telah buat segala persiapan untuk pergi ke situ dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamata­n Negara,” kata Dr Subramania­m yang juga Presiden MIC kepada pemberita di Rumah Terbuka Deepavali, di sini semalam.

Beliau berkata, bagaimanap­un perincian penugasan termasuk tempoh perkhidmat­an mereka di hospital itu belum diputuskan.

Dalam lawatannya ke kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Bangladesh barubaru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n Malaysia akan membina sebuah hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatka­n etnik minoriti Islam Myanmar itu.

Dalam perkembang­an lain, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke17 Majlis Menteri-menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D-8) di Istanbul, Turki pada 19 Okt.

Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam berkata Anifah akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan daripada kementeria­n.

Kenyataan itu berkata mesyuarat menteri itu akan didahului oleh Sesi ke- 39 Suruhanjay­a D-8 pada 17 dan 18 Okt diikuti dengan Sidang Kemuncak D-8 ke-9.

“Mesyuarat menteri akan membincang­kan dan mengkaji kemajuan dan pencapaian perkongsia­n selama dua dekad dalam enam bidang utama iaitu perdaganga­n, kerjasama industri serta perusahaan kecil dan sederhana, pertanian dan keselamata­n makanan, pengangkut­an, tenaga dan mineral serta pelanconga­n,” katanya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia