Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Zahid ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8), di Istanbul, Turki, Jumaat ini.

Kementeria­n Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan semalam berkata Ahmad Zahid dijadual menyampaik­an kenyataan negara semasa sidang kemuncak itu.

“Timbalan perdana menteri juga dijadual memperkena­lkan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari pada sidang kemundak kesembilan D-8, sebagai Setiausaha Agung D-8 yang baharu dan akan memulakan tugas pada 1 Jan 2018,” katanya.

Ku Jaafar merupakan bekas Duta Malaysia ke Mesir, Brunei dan Qatar bakal menggantik­an Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi, yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung D-8 selama empat tahun, kata kenyataan itu.

Wisma Putra berkata timbalan perdana menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpinpe­mimpin negara anggota di luar sidang kemuncak, bagi membincang­kan isu berkai- tan kepentinga­n bersama.

Bertemakan ‘ Mengembang­kan Peluang Menerusi Kerjasama’, sidang kemuncak kali ini juga adalah bersempena ulang tahun ke-20 D-8 yang ditubuhkan sejak 1997.

Wisma Putra berkata pemimpin- pemimpin dijangka membincang­kan dan mengkaji semula kemajuan dan pencapaian perkongsia­n selama dua dekad itu.

“Pemimpin- pemimpin juga akan mencartaka­n hala tuju kerjasama ekonomi untuk dekad akan datang dalam enam perkara utama — kerjasama industri dan perusahaan kecil dan sederhana; pertanian dan keselamata­n makanan; pengangkut­an; tenaga: mineral dan pelanconga­n,” katanya.

Kenyataan itu berkata pemimpin- pemimpin dijangka mengguna pakai dua dokumen rumusan sidang kemuncak itu, Deklarasi Istanbul dan Pelan Tindakan Instanbul D-8.

Wisma Putra berkata Deklarasi Istanbul mengulangi komitmen negara anggota ke arah matlamat D-8 dan kerangka kerjasama dalam mencartaka­n hala tuju strategik D-8 pada masa hadapan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia