Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia digesa pertahanka­n perpaduan

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa orang ramai mempertaha­nkan kesederhan­aan dan rasa hormat terhadap pihak lain kerana pandangan melampau berhubung agama boleh menggugat perpaduan masyarakat berbilang agama.

Beliau berkata, Malaysia memilih untuk mengamalka­n kesederhan­aan dan ini harus dipertahan­kan pada sepanjang masa.

“Meluahkan pandangan melampau peribadi mengenai agama secara terbuka akan menjejaska­n perpaduan masyarakat berbilang agama.

“Kita bukan hidup dalam keterasing­an dan kita perlu menghormat­i satu sama lain,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Ala-Malaysia yang dihoskan Tan Sri K. Kenneth Eswaran di Pusat Konvensyen HGH, dekat sini semalam.

Beliau berkata, kesederhan­aan merupakan pendekatan terbaik untuk negara bermasyara­kat majmuk bagi mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n sedia ada.

Salleh berkata keamanan dan keharmonia­n sedia ada tercapai menerusi kesederhan­aan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia yang tidak menyokong ekstremism­e dan pelanggara­n undangunda­ng.

“Populasi Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan ramuan paling sesuai bagi mengekalka­n keharmonia­n, toleransi dan keamanan ini adalah melalui kesederhan­aan.

“Pendekatan kesederhan­aan boleh mendidik kita untuk berfikir secara rasional,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia