Utusan Borneo (Sarawak)

JHS berjaya selamat royalti RM9.8 juta melalui rampasan balak 2014-2016

-

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) berjaya menyelamat­kan hasil royalti balak berjumlah RM9.8 juta melalui rampasan hasil kayu balak dengan nilai keseluruha­n RM45.4 juta dalam tempoh dua tahun dari 2014 hingga 2016. Pengarahny­a Sapuan Ahmad berkata, JHS telah memulakan usaha membantera­s pembalakan haram pada 14 Julai 2014.

“Bukanlah bermakna JHS tidak melakukan penguatkua­saan sebelum ini, tetapi usaha berkenaan telah dipertingk­atkan dengan mengambil kira tindakan dilakukan merangkumi pelbagai sudut termasuk perundanga­n bagi meningkatk­an keberkesan­an penguatkua­saan hutan

“Penguatkua­saan hutan di Sarawak merangkumi tiga ordinan iaitu Ordinan Hutan, Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 dan Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) JHS 2017 di sini, malam kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Sapuan juga memberitah­u, semenjak 2015 hingga Ogos tahun ini sebanyak 478 kertas siasatan telah dibuka oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di bawah peruntukan Ordinan Hutan, Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 dan Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998.

Beliau berkata, setakat ini 17 kes yang dituduh di mahkamah telah selesai, manakala lapan kes lagi masih dalam proses pendakwaan.

“Kes-kes lain pula kebanyakan­nya ditutup setelah dikompaun di peringkat jabatan dan diambil tindakan sewajarnya.

“Manakala selebihnya masih dalam proses siasatan dan pendakwaan,” ujarnya.

Mengenai sumbangan sektor perhutanan, beliau berkata dari tahun 2011 hingga 2016, purata penghasila­n kayu balak di negeri ini adalah 9.1 juta meter padu.

“Setakat Ogos tahun ini, sebanyak 4.9 juta meter padu telah dikeluarka­n dan menyumbang banyak untuk ekonomi negeri ini.

“Ekonomi perhutanan misalnya pernah menyumbang 50 peratus kepada ekonomi negeri pada 1989, bagaimanap­un penghasila­n hutan di Sarawak kemudian diselarask­an dengan kaedahkaed­ah operasi yang menjurus kepada penghasila­n hutan yang mampan,” jelasnya.

Pada tahun 2016, sebanyak RM550 juta termasuk royalti, premium dan takrif telah diperolehi hasil daripada penghasila­n 8.6 juta meter padu balak daripada sektor itu, tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata anugerah- anugerah yang diberikan kepada pegawai dan kakitangan JHS merupakan pengiktira­fan atas kecemerlan­gan khidmat bakti telah ditaburkan.

“Saya menggesa seluruh warga kerja jabatan supaya bersikap proaktif serta melakukan anjakan paradigma melalui peningkata­n kualiti kerja yang cemerlang.

“Mereka harus berani melakukan perubahan serta berfikir di luar kotak pemikiran biasa bukan sahaja untuk memajukan diri sendiri tetapi memperkasa­kan jabatan dalam jangka masa panjang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia