Utusan Borneo (Sarawak)

Malam PechaKucha sempena WAK 2017 pada Jumaat ini

-

K U C H I N G : M a l a m PechaKucha (PKN) Vol 5 sempena What About Kuching (WAK) 2017, tentang Kuching, budaya yang bertenaga dan kepelbagai­an masyarakat akan diadakan pada Jumaat ini, jam 8.20 malam di The Granary Kitchen + Bar, di sini.

Program itu akan menampilka­n artis Alex Panglima yang akan berkongsi topik ‘Paint What You Love,’ sementara Sze-Lyn Poh akan menyentuh sastera kanakkanak ‘Not Kidding About Kid Lit.’

Paul Gerarts pula akan bercakap mengenai penglibata­nnya dengan komuniti orang buta yang bertajuk ‘Describing Places and Spaces,’ manakala penenun songket Tanot, Syila dan Ina akan memberi penerangan mendalam dalam tajuk ‘All About Songket.’

Dr Abigail Jerip pula akan menyentuh mengenai teknik mengendong bayi dalam ‘Baby Wearing: A Parenting Lifestyle of Calm Cuddles,’ manakala Awang Saifeluddi­n akan menceritak­an bagaimana laluan mengubah masa depan sebuah kampung di Empangan Bengoh dalam ‘Building Bridges, Connecting Community.’

Pereka bentuk Tze Yong Tay akan berkongsik­an kerja dan kajiannya dalam membentuk minda muda ‘Outof-the-Box,’ manakala Ketua Projek Kanan Jejak Warisan dan Kampus Muzium Sarawak Hans Van De Bunte pula menyampaik­an tajuk ‘New Beginnings for Kuching’s Iconic Museum.’

Ngee Jee Tsan akan bercakap mengenai ‘Branding Kuching,’ Rosemarie Wong Jabu akan membentang­kan ‘A New Lease on Life,’ dan ahli silap mata Edward Lai pula, ‘Laughing with Magic.’

Untuk tiket, layari http:// pechakucha­kch5.peatix.com atau hubungi 082- 240406 atau 011-18820201 dan tiket adalah terhad.

PechaKucha 20x20 merupakan pembentang­an ringkas di mana sebanyak 20 imej akan ditunjukka­n selama 20 saat.

Format PechaKucha 20x20 yang mengikut seni pembentang­an ringkas, merupakan cara baik untuk penceramah kurang berpengala­man.

Penganjur berharap dapat memperkena­lkan beberapa bakat terpendam dari Kuching, dan akhirnya menunjukka­n sesuatu yang ketara dan unik yang hanya boleh didapati di Sarawak.

Peserta boleh membentang­kan perkara-perkara digemari, yang mana merupakan kunci utama kejayaan malam PechaKucha.

PechaKucha adalah landasan baik untuk mempamer dan berkongsik­an kerja-kerja anda. PechaKucha 20x20 yang dianjurkan di lebih 1,000 bandar raya di seluruh dunia, merupakan fenomena global.

Malam PechaKucha bukan berasaskan keuntungan, dan apa-apa caj dikenakan kepada orang ramai adalah untuk menampung kos mengadakan acara semata-mata.

PechaKucha Kuching dianjur dan ditaja oleh IDC Architects sejak tiga edisi lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia