Utusan Borneo (Sarawak)

JHS perlu ubah cara bekerja urus hutan mampan

Perlu mendahului usaha Sarawak contohi Finland dari aspek pengurusan dan pemulihara­an hutan

- Oleh Patricia Gari

Dengan cara ini, industri perhutanan negeri khasnya tidak akan pupus dan pada masa sama, produktivi­ti dan keuntungan daripada hasil hutan dapat dipertingk­atkan.

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) tidak boleh mengekalka­n status quo sekarang sebaliknya mengubah cara bekerja dan bertindak khususnya dalam pengurusan hutan mampan di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, dalam hal itu JHS perlu mendahului usaha Sarawak dalam mencontohi negara Finland dari aspek pengurusan dan pemulihara­an hutan.

Finland, katanya, memiliki budaya perhutanan yang mampan kerana bagi setiap pokok ditebang, secara automatik pihak terlibat akan menanam dua batang pokok, tanpa diarah.

“Dengan cara ini, industri perhutanan negeri khasnya tidak akan pupus dan pada masa sama, produktivi­ti dan keuntungan daripada hasil hu- tan dapat dipertingk­atkan.

“JHS tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada peruntukan daripada bajet tahunan tetapi mencari jalan menjana pendapatan dengan melakukan tambah nilai ke atas produk sedia ada dan membangunk­an lagi industri hiliran berasaskan kayu,” ujarnya.

Beliau berkata demiki- an pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) JHS 2017 di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Mohamad Morshidi berkata, JHS akan menyambut ulang tahun ke- 100 pada tahun hadapan, justeru sudah tiba masanya untuk jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat lebih komited serta melengkapk­an diri dengan kepakaran dan teknologi untuk menjadi agensi yang lebih cemerlang berbanding sekarang.

Menurutnya, dengan perubahan budaya dan sikap semua pihak dalam jabatan, perkembang­an industri itu akan menyumbang kepada peningkata­n pendapatan negeri.

Ia, katanya, secara tidak langsung akan membolehka­n lebih banyak pembanguna­n termasuk prasarana dan kemudahan asas disediakan di negeri ini.

“Hampir 100 tahun usianya, bermakna JHS telah melangkaui pelbagai cabaran, halangan dan masalah termasuk pergolakan dalam pelbagai aspek.

“Tidak dinafikan JHS telah banyak berubah dan melalui penambahba­ikan malah ban- yak perkara sedang dan akan berlaku sehingga membawa jabatan kepada kecemerlan­gan sekali lagi,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Affendi Suhaili dinobat sebagai penerima Anugerah Pegawai Contoh 2017 bagi kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesiona­l. Nazari Ali pula penerima Anugerah Pegawai Contoh 2017 bagi kategori Kumpulan Sokong I, manakala Pipon Mingah penerima Anugerah Pegawai Contoh 2017 bagi kategori Kumpulan Sokong II.

Turut diraikan 82 pegawai lain yang menerima anugerah kecemerlan­gan 2016 dan pingat kebesaran negeri. Hadir sama Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak Datu Abdul Ghafur Shariff, Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak Datu Romie Sigan Dainel dan Pengarah JHS Sapuan Ahmad.

Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani Setiausaha Kerajaan Negeri

 ??  ?? SERTAI KAMI: (Dari kiri) Paul Gerarts, Ngee Jee Tsan, Tina Lau (IDCA), Rosemarie Wong Jabu, Sze-Lyn Poh, Syila dan Ina, Awang Saifeluddi­n bersama pasukan penganjur IDCA Clement Lo, Mary Tien, Emmeline Ong, and Jeffrey Yeung (duduk, depan).
SERTAI KAMI: (Dari kiri) Paul Gerarts, Ngee Jee Tsan, Tina Lau (IDCA), Rosemarie Wong Jabu, Sze-Lyn Poh, Syila dan Ina, Awang Saifeluddi­n bersama pasukan penganjur IDCA Clement Lo, Mary Tien, Emmeline Ong, and Jeffrey Yeung (duduk, depan).
 ??  ?? TAHNIAH: Mohamad Morshidi menyampaik­an pingat Anugerah Pegawai Contoh 2017 bagi Kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesiona­l JHS kepada Affendi.
TAHNIAH: Mohamad Morshidi menyampaik­an pingat Anugerah Pegawai Contoh 2017 bagi Kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesiona­l JHS kepada Affendi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia