Utusan Borneo (Sarawak)

Kapit unik bahasa Iban jadi bahasa semua kaum: Jamit

-

KAPIT: Kapit mempunyai keunikan tersendiri apabila bahasa Iban menjadi bahasa komunikasi popular dalam pertuturan seharian penduduk terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama di negeir ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat berkata, ini j terbukti apabila masyarakat tanpa mengira Cina, Orang Ulu, Melayu dan Melanau boleh memahami dan bertutur bahasa Iban dengan fasih.

“Apabila saya menghadiri majlis tanpa mengira bangsa apa penganjurn­ya, saya bertutur bahasa Iban dan mereka semua memahaminy­a dengan senang.

“Justeru, kita harus berterima kasih kepada nenekmoyan­g kerana telah memberi teladan baik kepada untuk hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormat­i,” katanya.

Jelasnya, seperti yang selalu dilaungkan pemimpin bahawa kekuatann negeri sarawak terletak pada perpaduan kukuh rakyatnya yang pelbagai kaum, bangsa dan agama.

Jamit berkata demikian pada majlis Jamuan Bersama Warga Emas anjuran Kawasan Rukun Tertangga ( KRT) Selatan Kapit diadakan di sebuah restoran di sini barubaru ini.

Beliau turut memuji inisiatif dilakukan KRT Selatan Kapit yang meraikan warga emas tanpa mengira latar belakang, agama dan kaum menerusi penganjura­nnya.

“Saya sebagai wakil rakyat tanpa mengira ianya aktiviti atau majlis berskala besar mahupun kecil, saya tetap berusaha sedaya upaya menghadiri­nya untuk mendekati rakyat peringkat akar umbi.

“Saya percaya aktiviti atau majlis yang tidak formal juga dapat membantu merapatkan perpaduan antara satu sama lain di samping amat penting bagi saya mendapat maklum balas mengenai permasalah­an dan keperluan rakyat,” ujarnya.

Pada majlis sama, Jamit mengumumka­n geran kerajaan sebanyak RM5,000 kepada KRT Selatan Kapit untuk menganjurk­an aktiviti dan program mereka.

Hadir sama ialah Residen Kapit Joseph Belayong Punan, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kanchin Manggom, Penghulu Daniel Dian dan Pengerusi KRT Selatan Kapit Ma Tian Ho.

 ??  ?? ERATKAN PERPADUAN: Jamit (tiga kiri) merakam kenangan bersama ahli KRT Selatan Kapit pada majlis jamuan di salah sebuah restoran di Kapit.
ERATKAN PERPADUAN: Jamit (tiga kiri) merakam kenangan bersama ahli KRT Selatan Kapit pada majlis jamuan di salah sebuah restoran di Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia