Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam T’ganu gembleng tiga teknologi pantau Tasik Kenyir

Penggunaan satelit, dron dan CCTV mampu jimatkan kos

-

Melalui cara baharu ini, kami tidak memerlukan bot untuk membuat rondaan air. Ia akan menjimatka­n penggunaan pegawai rondaan air dan rondaan darat yang kebiasaann­ya mengambil tempoh tiga atau empat hari untuk pemantauan menyeluruh.

HULU TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu akan menggemble­ng tiga teknologi - satelit, dron dan kamera litar tertutup (CCTV) - bagi tujuan penguatkua­saan dan pemantauan di 339 pulau di Tasik Kenyir.

Pengarahny­a Aidid Tajuddin berkata gabungan tiga teknologi itu adalah yang pertama digunakan di Zon Bebas Cukai di negara ini dan dijangka dilaksanak­an pada suku ketiga tahun depan.

Menurutnya kaedah itu dijangka dapat menjimatka­n kos kerana dilaksanak­an menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan melibatkan antara Agensi Remote Sensing Malaysia, Kementeria­n Sains dan Teknologi Malaysia.

“Penggunaan satelit, dron dan CCTV akan melengkapk­an lagi penguatkua­saan Tasik Kenyir yang selama ini dilakukan secara pemantauan fizikal menggunaka­n sumber tenaga pegawai JKDM Terengganu dengan rondaan bot.

“Melalui cara baharu ini, kami tidak memerlukan bot

Aidid Tajuddin Pengarah JKDM Terengganu

untuk membuat rondaan air. Ia akan menjimatka­n penggunaan pegawai rondaan air dan rondaan darat yang kebiasaann­ya mengambil tempoh tiga atau empat hari untuk pemantauan menyeluruh,” katanya kepada Bernama di sini.

Aidid berkata selain memantapka­n aktiviti penguatkua­saan, tiga peralatan canggih itu juga mampu mengatasi masalah kesesakan semasa pemeriksaa­n di pintu keluar yang sering berlaku di Tasik Kenyir ketika ini.

“Melalui kaedah baharu nanti, insyaAllah masalah itu akan berkuranga­n, malah mungkin terhapus sama sekali kerana kita hanya akan memeriksa kenderaan yang dikenalpas­ti lebih awal untuk diperiksa.

“CCTV akan beroperasi di kawasan berisiko manakala satelit dan dron akan merakamkan apa sahaja aktiviti yang berlaku di Tasik Kenyir mengikut tempoh yang ditetapkan seterusnya pegawai akan memaklumka­n kepada pasukan penguat kuasa sekiranya berlaku sebarang pergerakan mencurigak­an untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran terbesar pihaknya dalam tugas penguatkua­saan di Tasik Kenyir yang berkeluasa­n 65,650 hektar itu, Aidid berkata pada awalnya mereka berasa agak sukar kerana ia perlu dilakukan 24 jam sehari tanpa tambahan pegawai.

“Walau kekurangan pegawai, namun melalui kaedah pengurusan pintar, akhirnya kami berjaya memulakan operasi pada 1 Ogos lalu.

“Semua pegawai dari KualaTeren­gganu, Kemaman dan Kerteh bertugas secara giliran di Tasik Kenyir dan mulai 11 Okt lalu kita berjaya membuat penempatan secara tetap dengan menggunaka­n sumber sedia ada daripada bahagian lain,” katanya. — Bernaam

 ??  ?? AIDID
AIDID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia