Utusan Borneo (Sarawak)

T’ganu dan FRIM bekerjasam­a kenal pasti pokok berisiko

-

KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menilai pokok-pokok di sekitar jalan utama dan kawasan rekreasi di negeri ini sebelum ia ditebang.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, penilaian itu dibuat bagi mengambil kira keselamata­n orang awam dan faedah pokok yang ditanam itu kepada alam sekitar.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan FRIM akan bekerjasam­a untuk membuat penilaian terhadap pokokpokok yang berisiko kerana kami tidak boleh mengambil tindakan drastik dengan terus menebangny­a.

“Beberapa orang pegawai daripada FRIM juga telah datang ke Terengganu untuk membuat penilaian dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat ini.

“Ini kerana kita perlu fa- ham bahawa pokok-pokok ini memberi manfaat kepada persekitar­an termasuk membekalka­n oksigen dan sebagainya,” katanya kepada pemberita pada Pertanding­an Membuat Bubur Asyura anjuran Pejabat Daerah Kuala Nerus.

Turut hadir, Pegawai Daerah Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Pada 7 Okt lalu dua termasuk seorang pelajar maut manakala tiga yang lain parah selepas dua kenderaan dinaiki dihempap dahan pokok di Jalan Batu Rakit, di sini.

Susulan itu Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan segera RM50,000 untuk kerja mencantas dahan pokok yang boleh mengundang bahaya di sekitar Batu Rakit di Kuala Nerus.

Kerja mencantas dahan pokok di sepanjang jalan sejauh kira-kira dua kilometer bermula dari Kampung Mengabang Lekor ke simpang tiga Pengkalan Atap dijangka mengambil masa sebulan.

Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, pada masa ini PBT giat merapikan pokokpokok yang berada di jalan utama sekitar negeri ini dengan mencantas dan membersih supaya keselamata­n orang awam terjamin.

Katanya sekiranya pokok berkenaan memberi risiko kepada orang awam, maka ia akan ditebang secara berperingk­at-peringkat, manakala bagi yang kurang berisiko ia akan dirapikan dengan mencantas mana-mana dahan yang tidak diperlukan.

Sementara itu, pada majlis itu 117 pasukan yang terdiri daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( J3K) seluruh Kuala Nerus serta beberapa badan bukan kerajaan turut menyertai pertanding­an itu yang bertemakan ‘Cara Lama Dimensi Baharu’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia