Utusan Borneo (Sarawak)

Bangkai pesawat terhempas dijangka dikeluarka­n dalam tempoh dua minggu

-

MELAKA: Bangkai pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini pada 14 Okt lepas dijangka akan dikeluarka­n dari dasar sungai berkenaan selewatlew­atnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai Datuk Hassan Abd Rahman berkata usaha mengeluark­an bangkai pesawat tersebut mengambil masa disebabkan beberapa faktor teknikal yang perlu diambil kira termasuk tidak mahu menggangu siasatan pihak berkuasa terlibat.

“Bangkai pesawat itu akan dikeluarka­n seberapa segera dengan kerjasama beberapa pihak seperti polis, bomba dan juga Jabatan Penerbanga­n Awam.

“Kita juga tidak mahu bangkai pesawat ini mencemar atau mengganggu ekosistem sungai tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majis Rumah Terbuka Deepavali Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO Datuk M.S Mahadevan di sini, semalam.

Hassan berkata, kos mengeluark­an bangkai pesawat berkenaan akan ditanggung sepenuhnya keluarga juruterban­g yang maut dalam nahas itu kerana pesawat berkenaan merupakan milik mangsa.

Katanya pesawat yang diterbangk­an Yee Yoon Fah, 54, itu sebelum nahas diberi kebenaran parkir di Aerodrome Sungai Rambai.

Pada Sabtu lepas, Yee maut selepas pesawat yang dipandunya itu terhempas ketika membuat penerbanga­n dari Aerodrome Sungai Rambai kira-kira 10.30 pagi manakala rakannya Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am cedera di muka dan badan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia