Utusan Borneo (Sarawak)

Institut Onn Ja’afar rai gelandanga­n sempena sambutan Deepavali

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 250 gelandanga­n di sekitar ibu kota berpeluang merasai kemeriahan sambutan Deepavali apabila diraikan dalam majlis Jom Diwali anjuran Institut Onn Ja’afar semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Charles Mohan berkata, program itu bertujuan memberi ‘cahaya’ kepada gelandanga­n berkenaan supaya tidak berasa tersisih dalam masyarakat.

“Biasanya mereka (gelandanga­n) tidak ke mana-mana dan tiada aktiviti pada cuti umum, jadi IOJ mengambil inisiatif untuk menyambut Deepavali bersama-sama mereka yang kurang bernasib baik ini,” katanya kepada pemberita di Pusat Transit Gelandanga­n (PTG) Jalan Pahang di sini.

Dalam pada itu, Pasupathy Krishnan, 47, yang baharu seminggu menghuni PTG itu, berkata dia sangat gembira menyambut Deepavali bersama rakan-rakan berbilang bangsa di pusat berkenaan.

“Saya rasa terharu dapat hidup seperti sebuah keluarga di sini. Tak sangka saya masih berpeluang sambut Deepavali tahun ini kerana seminggu lepas saya tiada tempat hendak dituju dan bergelanda­ngan di stesen komuter Bank Negara,” katanya yang disisihkan keluarga.

Pasupathy berkata, dia bersyukur diberi perlindung­an di PTG itu dan akan berusaha mendapatka­n pekerjaan bagi membaiki kehidupann­ya meskipun pergelanga­n tangan sebelah kirinya tidak boleh digerakkan akibat ditimpa kemalangan dua tahun lepas.

Ketua Koordinato­r PTG berkenaan Amirrudin Abdul Rahman berkata, selain memberi perlindung­an asas kepada kira-kira 157 penghuni semasa di pusat itu, pihaknya turut membantu mendapatka­n pekerjaan agar golongan tersebut mampu keluar daripada kesempitan hidup.

Amirrudin berkata usaha mendapatka­n pekerjaan merupakan antara kekangan terbesar dihadapi PTG itu kerana kebanyakan mereka tidak melepasi tapisan majikan berikutan pelbagai isu antaranya rekod jenayah lampau.

“Bagaimanap­un kita (PTG) tetap cuba cari pekerjaan yang sesuai dengan mereka walaupun kerja menjaga kolam ternakan ikan.

“Sejak Februari 2016 sehingga 16 Okt tahun ini, seramai 1,222 orang telah mendaftar masuk ke PTG ini dan 371 orang telah mendapat pekerjaan,” katanya.

Pada program berkenaan penghuni PTG berkenaan menikmati juadah Deepavali seperti capati, kari ayam dan dal, putu mayam serta pelbagai manisan tajaan Hotel Park Royal selain turut dihiburkan dengan persembaha­n sukarelawa­n pelajar Universiti Tun Abdul Razak dan Kolej Universiti KDU. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAI: Gelandanga­n diraikan sempena sambutan Deepavali di Pusat Transit Gelandanga­n Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama DIRAI: Gelandanga­n diraikan sempena sambutan Deepavali di Pusat Transit Gelandanga­n Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia