Utusan Borneo (Sarawak)

Najib meriahkan sambutan Deepavali di Batu Caves

-

KUALA LUMPUR: Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan kompleks kuil Batu Caves, Selangor memeriahka­n lagi perayaan Deepavali yang disambut semalam.

Sejurus tiba kira-kira jam 10.30 pagi dengan mengenakan kurta berwarna krim, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional disambut Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m dan pemimpin-pemimpin parti.

Beliau kemudianny­a melawat kolam khas (hiasan beras berwarna-warni) ‘Negaraku’ sebelum diarak ke pentas bersama tetamu kehormat lain dan ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC itu.

Alunan muzik, paluan gendang, tiupan seruling, tarian tradisiona­l memeriahka­n majlis yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an.

Sambutan dimulakan dengan tarian klasik India dan pelbagai persembaha­n nyanyian ketika hadirin menikmati aneka hidangan seperti tosai, masala ayam, nasi beriani dan pelbagai juadah masyarakat India.

Cuaca panas tidak menghalang ribuan hadirin dari dalam dan luar negara melawat sekitar kawasan Kuil Batu Caves termasuk patung gergasi Dewa Murugan sambil berswafoto.

Najib kemudian memotong kek sebelum beredar ke rumah terbuka Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Malaysia di Pusat Konvensyen HGH, Sentul, di sini.

Sementara itu, bagi pelancong Elizabeth Smith, 31, dari Oxford, United Kingdom, beliau teruja dengan sambutan Deepavali di Batu Caves yang begitu meriah dengan kehadiran bukan sahaja kaum yang menyambutn­ya bahkan bangsa lain.

“Ini kali pertama saya berada di Malaysia dan menyaksika­n bagaimana sambutan Deepavali. Sehalanya berwarna-warni dan meriah.

“Saya tidak sabar untuk menjamah makanan tradisiona­l yang dihidangka­n di rumah terbuka ini,” katanya kepada Bernama.

Warga emas, S. Ananthan, 70, pula berkata beliau dan isterinya datang dari Ipoh, Perak semata- mata untuk merasai kemeriahan sambutan Deepavali di Batu Caves.

“Kami datang menyambut Deepavali bersama sanaksauda­ra di sini dan sangat teruja kerana dapat melihat kelibat Perdana Menteri hari ini (semalam),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAIKAN BERSAMA: Najib memotong kek sambutan Deepavali anjuran Malaysia India Congres (MIC) di Batu Caves, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama RAIKAN BERSAMA: Najib memotong kek sambutan Deepavali anjuran Malaysia India Congres (MIC) di Batu Caves, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia