Utusan Borneo (Sarawak)

Ramachandr­an terharu mendapat kediaman baharu pada Deepavali

-

KUALA TERENGGANU: Sambutan perayaan Deepavali semalam sangat bermakna bagi P. Ramachandr­an, 46, bersama keluargany­a apabila memperoleh kediaman baharu setelah tempat tinggalnya sebelum ini terbakar dalam kejadian pada 23 Sept lepas.

“Saya amat terharu dapat tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran di sini. Sebelum ini saya bersama keluarga dibenarkan tinggal di balai raya di Kampung Pulau Kambing sejak tiga minggu lepas. Tinggal di situ, agak sukar bagi keluarga saya terutama untuk ke bilik air di waktu malam kerana keadaannya gelap.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) yang membantu saya memperoleh kediaman baharu yang begitu cepat. Saya dapat tahu mengenai kediaman ini semalam (kelmarin). Sebelum ini saya jangka akan tinggal di balai raya itu sehingga tiga bulan sebelum mendapat kediaman baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Setiausaha Politik Menteri Be- sar, Prof Madya Dr Mohd Rozailan Ibrahim yang mewakili Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyampaik­an sumbangan peribadi sempena Deepavali di kediaman baharunya semalam.

Dalam kebakaran kira-kira jam 6.30 pagi itu, rumah sewa Ramachandr­an terbakar semasa beliau bersama isterinya Chua Bee Kim, 45, serta tiga orang anak perempuann­ya keluar untuk menyertai Larian Antarabang­sa Jambatan Sultan Mahmud.

“Ketika kejadian itu, saya bersama keluarga bersiapsia­p untuk memulakan larian, tetapi telah mendapat panggilan telefon yang menyatakan rumah sewa saya di Lorong Tiga, Pulau Kambing terbakar.

“Saya dan keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang iaitu baju sukan yang saya pakai untuk menyertai larian itu,” katanya.

Ramachandr­an yang menjalanka­n perniagaan menjual pelbagai air minuman ringan berkata beliau menganggar­kan kerugian kira- kira RM150,000 apabila semua barangan di dalam rumahnya dan stor musnah terbakar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia