Utusan Borneo (Sarawak)

MyPPP adakan rumah terbuka Deepavali di Little India

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyertai kemeriahan majlis rumah terbuka Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk Malaysia ( MyPPP) di Little India, Brickfield­s di sini.

Beliau yang diiringi Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di majlis itu pada jam 11.45 pagi disambut Presiden MyPPP Tan Sri M.Kayveas.

Sejurus tiba, Perdana Menteri dibawa ke pentas dan dikalungka­n bunga malai sebelum memotong kek dan kemudian dibawa menikmati hidangan antaranya nasi daun pisang, putu mayam dan kek.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung pelbagai kaum selain pelancong asing yang mengambil kesempatan menikmati pelbagai hidangan yang sinonim dengan masyarakat India termasuk wade, popadom, payasam dan rasam.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam pada majlis itu sebelum beredar untuk ke program lain.

Terdahulu, Kayveas yang ditemui media berkata, rakyat Malaysia amat beruntung kerana dapat meraikan perayaan keagamaan masing-masing dalam suasana harmoni dan tidak dicemari sebarang insiden tidak diingini.

Katanya konsep kesamarata­an yang diamalkan negara ini telah memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus kemajuan termasuk masyarakat India yang menjadi sebahagian daripada identiti perpaduan di negara ini.

“Bagaimanap­un, amat menyedihka­n apabila wujud segelintir pihak yang cuba menangguk di air yang keruh, kononnya komuniti India sengaja disisihkan kerajaan dan tidak diberikan bantuan sewajarnya.

“Tindakan cuba ‘mencucuk’ perpaduan antara kaum ini adalah ancaman yang sehingga kini cuba ditangani kerajaan, namun memerlukan kerjasama semua pihak supaya tidak mudah terpengaru­h dengan dakyah dan tuduhan membuta tuli,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia