Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan 2-1 ke atas Napoli saat paling membanggak­an dalam kerjaya Guardiola

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, meletakkan kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Napoli dalam aksi Liga Juara-Juara sebagai salah satu saat paling membanggak­an dalam kerjayanya.

City mendahului pantas 2-0 menerusi gol Raheem Sterling dan Gabriel Jesus tetapi tendangan penalti Amadou Diawara – selepas Dries Mertens gagal menyempurn­akan tendangan penalti awal – menjadikan minit akhir perlawanan satu penamat yang mendebarka­n.

Sebelum perlawanan, Guardiola memberikan pujian kepada Napoli, yang dibimbing Maurizio Sarri, yang mendahului Serie A Itali dengan lapan kemenangan dari lapan perlawanan dan selepas perlawanan beliau membuat dakwaan mengejutka­n dengan mengatakan Napoli adalah lawan terbaik yang pernah dihadapi pasukannya.

“Saya fikir ia perlawanan yang menarik dari kedua-dua pasukan. Kami berdepan salah sebuah pasukan terbaik yang pernah saya hadapi dalam kerjaya saya, mungkin yang terbaik,” kata Guardiola, yang pernah membimbing Barcelona memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara.

“Ia adalah salah satu kemenangan yang paling membanggak­an dalam kerjaya saya.

“Hari ini kami menang menentang lawan yang hebat. Untuk melakukann­ya, anda harus bermain dengan hebat.”

Sterling dan Jesus menjaringk­an gol pada 13 minit pertama di Stadium Etihad di mana City membelasah Stoke City 7-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Tetapi komitmen City merancang serangan dari bahagian pertahanan memberikan ruang kepada Napoli untuk akhirnya mencuri ruang.

Walaupun Mertens men- sia- siakan satu tendangan penalti yang pertama dalam separuh masa pertama apabila tendangann­ya ditepis kaki penjaga aga gol Ederson, Diawara tidak mengulangi kesilapan silapan yang samama untuk merapatkan­patkan kedudukan an pada minit ke-73. 73.

Bagaimanap­un, manapun, apabila ditanya itanya jika taktik City ity menjemput serangan dari Napoli, Guardio l a berkata penyel e s a i a n - nya bukann kurang hantaran dari pertahanan tetapi lebih banyak.

“Kami harus melakukann­ya lebih kerap,” kata Guardiola, di mana pasukannya kini tiga mata di hadapan Shakhtar Donetsk di tangga teratas Kumpulan F. “Anda bermain hantaran jauh menentang pasukan itu, dalam dua saat, mereka menyerang. Dalam bola sepak, berapa panta pantas bola bergerak, berapa pantas ia kembali. “Anda harus bermain lebih baik ketik ketika merancangs­erancang serangan, meloron melorong bola kepada Kev Kevin (De Bruyne) dan (Davi id) Silva. Jika a n d a b e r - m a i n hantaran jauh, ( Kalidou) Koulibaly dan (Raul) Albiol lebih kuat berbanding penyerang kami. Anda akan menghabisk­an 90 minit berlari. “Sebaliknya, merekameng­ejar bola. Itu hakikatnya. Ada satu risiko tetapi anda menjaringk­an gol kerana selepas itu anda boleh mencipta peluang. Anda harus bermain sebaik mungkin.”

Sarri berkata prestasi pasukannya adalah lebih baik ketika menentang pasukan elit Eropah, di mana mereka tewas 1-3 di Real Madrid pada pusingan kedua kejohanan musim lepas.

“Walaupun selepas gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti, kami berjaya melakukan kebangkita­n,” kata Sarri, di mana pasukannya kini ketinggala­n tiga mata di belakang Shakhtar.

“Selepas perlawanan ini, kami boleh merasa lebih yakin. Saya melihat satu langkah besar ke hadapan berbanding perlawanan di Madrid musim lepas.

“Kami cukup bertuah menjaringk­an gol pertama di sini. Di sini, kami terpaksa bangkit selepas 25 minit pertama.”

Dengan sebahagian perha- tian tertumpu kepada pertembung­an dua pasukan teratas liga, menentang Inter Milan Sabtu ini, Sarri memulakan perlawanan dengan Allan dan Jorginho bermula di bangku simpanan.

Lorenzo Insigne mengalami kecederaan pada lewat perlawanan dan terpaksa dikeluarka­n tetapi Sarri berkata beliau berharap ia tidak serius. R e a Madrid k e - m u d i a n m e m e n a n g i l kejuaraan Eropah selepas menewaskan Napoli di pusingan kedua musim lepas dan Sarri cukup kagum dengan aksi City untuk mencadangk­an City boleh mengulangi apa yang dilakukan oleh Real Madrid. “Mereka pasukan yang hebat. Mereka mempunyai segala-galanya,” kata beliau. “Mereka sangat pantas, bijak dengan taktik. Jika mereka kekal cergas dan bersedia dari segi mental seperti sekarang, saya percaya mereka boleh melangkah jauh.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia