Utusan Borneo (Sarawak)

Ketangkasa­n Lloris pastikan Spurs ikat Real Madrid 1-1 di Santiago Bernabeu

-

MADRID, Sepanyol: Aksi tangkas penjaga gol Hugo Lloris memastikan Tottenham Hotspur mengikat Real Madrid 1-1 di Santiago Bernabeu dalam aksi Liga Juara- Juara di sini Selasa lepas.

Kedua-dua pasukan masih belum tewas dalam pertanding­an ini setakat ini dan berada di landasan untuk layak ke pusingan kedua selain berkongsi tujuh mata selepas Cristiano Ronaldo menjaringk­an gol penyamaan menerusi sepakan penalti selepas Raphael Varane menghadiah­kan gol pembukaan Spurs dalam separuh masa pertama.

“Hugo beraksi cemerlang, beliau selayaknya pujian dan beliau menunjukka­n tahap sebenarnya,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

“Hari ini kami melihat kenapa Hugo Lloris adalah salah seorang penjaga gol terbaik di dunia. Prestasi pasukan juga hebat, usaha, kepercayaa­n dan ia penting untuk memuji pemain.”

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 1 November dan tangga teratas Kumpulan H mungkin menjadi rebutan.

Dengan Borussia Dortmund seri 1-1 di APOEL Nicosia, ini bermakna Dortmund dan APOEL kekal enam mata di belakang Spurs dan Real Madrid.

“Kami tidak boleh berasa gembira jika tidak menang di tempat sendiri tetapi hari ini, ada dua penjaga gol hebat dalam padang,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

“Keylor ( Navas) untuk kami dan Lloris untuk mereka dan kadang-kadang anda terpaksa menerimany­a.”

Perlawanan bermula dengan memberangs­angkan apabila pemain remaja berusia 18 tahun, Achraf Hakimi – pada penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara bersama Real – mengumpan bola kepada Ronaldo tetapi bola terkena palang dan Karim Benzema kemudian gagal menyempurn­akan bola muntah walaupun pintu gol terbuka luas.

Selepas 10 minit mendebarka­n, Spurs mengimbang­i permainan dengan Harry Kane sentiasa mencemaska­n pertahanan Real.

“Satu mata di Bernabeu, anda pasti akan menerimany­a,” kata Kane. “Ia menunjukka­n berapa jauh kami melangkah sebagai sebuah pasukan.”

Spurs mengejutka­n peminat Real apabila hantaran lintang Serge Aurier terkena Varane dan masuk ke pintu golnya sendiri pada minit ke-28.

Gol itu mencemaska­n Real tetapi mereka menunjukka­n kenapa mereka memenangi kejohanan ini sejak dua musim yang lepas apabila mengikat kedudukan sebelum rehat dari satu tendangan penalti selepas Toni Kroos dikasari Aurier dalam kotak penalti.

Gol itu membakar semangat Real dan selepas rehat, Spurs terpaksa bertahan dengan Lloris menepis dua cubaan bahaya, satu dari tandukan kencang Benzema dan satu lagi dari rembatan Ronaldo.

“Melihat situasi dalam separuh masa kedua, ia sememangny­a satu keputusan seri yang sangat bagus untuk kami,” kata Lloris.

“Mereka mengasak bertalu-talu selepas rehat, kami hanya cuba bertahan sehingga ke akhir perlawanan.” — AFP

 ?? — Gambar Reuetrs ?? KAWAL KETAT: Ronaldo (kiri) berdepan tentangan sengit daripada pemain Spursi ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara di Madrid, Sepanyol Selasa lepas.
— Gambar Reuetrs KAWAL KETAT: Ronaldo (kiri) berdepan tentangan sengit daripada pemain Spursi ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara di Madrid, Sepanyol Selasa lepas.
 ?? — Gambar Reuetrs ?? PESTA GOL: Salah (dua kiri) menjaringk­an gol ketiga Liverpool pada aksi di Maribor, Slovenia Selasa lepas.
— Gambar Reuetrs PESTA GOL: Salah (dua kiri) menjaringk­an gol ketiga Liverpool pada aksi di Maribor, Slovenia Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia