Utusan Borneo (Sarawak)

Everton buru tiga mata sulung

Milan ikrar bangkit selepas tewas 2-3 kepada Inter apabila menentang AEK Athens pada aksi Liga Europa di San Siro

-

PARIS, Perancis: Everton berharap untuk memulakan kempen mereka sekali lagi apabila menanti kunjungan Lyon hari ini dan memburu kemenangan pertama pada pusingan pertama Liga Europa.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu hanya mengumpul satu mata dari dua perlawanan pertama Kumpulan E, selepas tewas 0-3 kepada Atalanta di Itali dan seri 2-2 di tempat sendiri menentang kelab tidak terkenal dari Cyprus, Apollon Limassol bulan lepas.

Skuad kendalian Ronald Koeman itu memerlukan gol penalti lewat untuk mengikat kedudukan 1- 1 dengan Brighton dan Hove Albion dalam liga hujung minggu lepas dan dalam tempoh dua bulan terakhir, mereka hanya menang dua kali – menentang Sunderland dalam Piala Liga Inggeris dan menentang Bournemout­h.

“Kami perlu mendapatka­n keputusan dan sebaik sahaja melakukann­ya, keyakinan akan kembali ke dalam pasukan dan semuanya menjadi lebih mudah selepas itu,” kata pemain baharu Everton, Gylfi Sigurdsson.

“Dan saya fikir jika kami mendapatka­n beberapa kemenangan secara berturut-turut, maka kami berharap rentak kami akan berterusan. Saya bagaimanap­un tidak mahu memikirkan terlalu jauh.”

Lyon akan tiba di England dengan rekod sama seperti Everton, masih tanpa sebarang kemenangan dalam pertanding­an ini tetapi skuad kendalian Bruno Genesio menewaskan juara bertahan Ligue 1 Perancis, Monaco 3-

Kami perlu mendapatka­n keputusan dan sebaik sahaja melakukann­ya, keyakinan akan kembali ke dalam pasukan dan semuanya menjadi lebih mudah selepas itu. Gylfi Sigurdsson Pemain baharu Everton

2 dalam liga hujung minggu lepas.

Terdesak untuk melangkah ke final kerana final akan berlangsun­g di gelanggang mereka sendiri, Stadium Groupama, Lyon akan beraksi tanpa Mariano Diaz kerana kecederaan.

Saingan Everton dalam Liga Perdana Inggeris, Arsenal, bagaimanap­un mempunyai nasib yang lebih baik dalam pertanding­an ini selepas menewaskan Cologne dan BATE Borisov dalam Kumpulan H.

Arsenal akan bertandang ke Serbia menentang Red Star Belgrade, yang akan memintas Arsenal di tangga teratas sekiranya menang.

Seperti pada perlawanan sebelumnya, pengurus Arsenal, Arsene Wenger menurunkan skuad kedua dengan Olivier Giroud dan Jack Wilshere dijangka akan diturunkan bersama beberapa pemain muda ketika Arsenal cuba bangkit dari kekalahan 1-2 kepada Watford dalam aksi liga hujung minggu lepas.

Pada perlawanan lain, AC Milan juga akan cuba bangkit selepas tewas 2-3 kepada kelab jiran, Inter Milan dalam aksi liga domestik hujung minggu lepas apabila menentang AEK Athens di tempat sendiri.

Kemenangan juga akan mengurangk­an tekanan ke atas jurulatih AC Milan, Vincenzo Montello, yang walaupun mendapat sokongan dari ketua eksekutif kelab, Marco Fassone, kekalahan ketiga berturut-turut dalam liga tetap tidak menyenangk­an ramai pihak.

Laporan di Itali mencadangk­an Montello perlu menang menentang AEK dan juga menentang Genoa dan Chievo dalam liga jika mahu terus kekal memegang jawatan.

Bagaimanap­un, Milan sudah memenangi dua perlawanan mereka dalam Kumpulan D, menjaringk­an lapan gol ketika menewaskan Austria Vienna dan Rijeka.

Milan adalah salah satu dari sembilan pasukan yang mengekalka­n rekod bersih kemenangan menjelang perlawanan ketiga. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BUNTU: Sigurdsson (kanan) jelas hampa selepas gagal membantu pasukannya meraih kemenangan selepas tamat aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brighton di Stadium Amex, Brighton hujung minggu lepas.
— Gambar Reuters BUNTU: Sigurdsson (kanan) jelas hampa selepas gagal membantu pasukannya meraih kemenangan selepas tamat aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brighton di Stadium Amex, Brighton hujung minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia