Utusan Borneo (Sarawak)

Leicester City mengesahka­n pemecatan Shakespear­e

-

LONDON, England: Leicester City mengesahka­n pemecatan pengurus kelab, Craig Shakespear­e, empat bulan selepas memberikan beliau kontrak tetap.

Shakespear­e, 53, dilantik dari jawatan penolong jurulatih kepada pengurus tetap ekoran pemecatan Claudio Ranieri pada bulan Februari dan pada bulan Jun, beliau diberikan kontrak tetap tiga tahun sebagai pengurus.

Tetapi juara Liga Perdana musim 2015/2016 itu bergelut musim ini dan berada di tangga ketiga dari bawah liga dengan hanya satu kemenangan liga setakat ini.

Naib pengerusi Leicester, Aiyawatt Srivaddhan­aprabha berkata Selasa lepas: “Craig sudah berkhidmat dengan sangat baik kepada Leicester City – sepanjang tempoh sebagai penolong jurulatih dan sejak mengisi jawatan sebagai pengurus pada bulan Februari.

“Dedikasi beliau kepada kelab dan kerja keras dan sumbangan kepada kelab untuk tempoh yang paling berjaya dalam sejarah kelab menjadi pertimbang­an kami.

“Bagaimanap­un, janji awal kami di bawah pengurusan Craig musim ini adalah tidak konsisten dan ia boleh dilihat sejak beberapa bulan dan lembaga pengarah kelab merasakan bahawa dengan rasa kesal, satu perubahan adalah perlu untuk mengekalka­n kemaraan kelab – konsisten dengan jangkaan jangka panjang penyokong, ahli lembaga dan pemilik kelab.

“Craig masih dan akan kekal seorang yang sangat popular dan dihormati di Leicester City dan akan kembali ke Stadium King Power di masa hadapan, secara profesiona­l dan juga rakan kelab.”

Bekas pengurus Blackburn Rovers dan Portsmouth, Michael Appleton, yang bekerja sebagai penolong Shakespear­e, akan membimbing kelab untuk sementara menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Swansea City Sabtu ini.

Antara mereka yang menjadi calon awal untuk mengisi kekosongan ialah bekas jurulatih England, Sam Allardyce, yang meninggalk­an Crystal Palace pada akhir musim lepas, jurulatih kebangsaan Wales, Chris Coleman, pengurus kelab Burnley, Sean Dyche dan jurulatih Zenit St Petersburg, Roberto Mancini.

Pelantikan Shakespear­e pada awal tahun ini membangkit­kan prestasi memberangs­angkan kelab, di mana mereka mengekalka­n status dalam Liga Perdana dan melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Tetapi keputusan seri 1-1 dengan West Bromwich Albion Isnin lepas menyaksika­n Leicester masih tanpa kemenangan dalam liga dari enam perlawanan – tempoh yang sama apabila Ranieri dipecat sebelum ini.

Shakespear­e tidak pernah mempunyai pengalaman membimbing kelab ketika mengisi kekosongan ekoran pemecatan Ranieri, dengan kelab berada satu mata di atas zon penyingkir­an.

Tetapi beliau membimbing kelab memenangi lima perlawanan liga berturut-turut sebelum menamatkan musim di tangga ke-12.

Shakespear­e diberikan sekitar 60 juta pound untuk membeli pemain baharu pada pasaran perpindaha­n pemain dan beliau membeli penyerang Kelechi Iheanacho, Harry Maguire dan Vicente Iborra.

Tetapi kemenangan tunggal Leicester adalah ke atas pendatang baharu liga, Brighton pada bulan Ogos. — AFP

 ??  ?? SHAKESPEAR­E
SHAKESPEAR­E

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia