Utusan Borneo (Sarawak)

Ketiadaan Nadal di Switzerlan­d buka laluan buat Federer tamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia

-

MADRID, Sepanyol: Rafael Nadal mengumumka­n Selasa lepas di mana beliau tidak akan dapat beraksi pada kejohanan Dalam Dewan Switzerlan­d bulan ini, sekali gus memberikan peluang kepada Roger Federer untuk menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia.

Nadal memberitah­u peminatnya dalam laman sosial Facebook di mana beliau tidak akan menyertai kejohanan dari 21 hingga 29 Oktober itu kerana kecederaan kaki.

“Saya dengan dukacita mengumumka­n saya menarik diri dari kejohanan Dalam Dewan Basel selepas berjumpa dengan doktor saya di Sepanyol,” tulis beliau di akaun rasmi Facebook.

Federer menewaskan Nadal pada final kejohanan Siri Master Shanghai Ahad lepas untuk merapatkan jurang mata ranking ATP.

Federer ketika ini kurang 1,960 mata di belakang Nadal dengan 500 mata ditawarkan di Basel, diikuti kejohanan di Paris dan kejohanan akhir musim Final ATP di London.

Dalam kenyataan media, Nadal berkata beliau ada berjumpa doktor selepas kembali dari kejohanan di China.

“Saya mengalami kesakitan di bahagian lutut dan masalah itu sudah ada semasa kejohanan di Shanghai dan ia sekarang memaksa saya untuk berehat atas nasihat doktor.

“Selepas dua minggu hebat di China, dengan kejuaraan di Beijing dan naib juara di Shanghai, ia adalah masa untuk berehat.”

Federer menang selesa 6-4 dan 6-3 pada final di Shanghai Ahad lepas untuk memenangi k e j u a r a a n keenam beliau musim ini.

Pemain ranking kedua dunia itu menamatkan lima kekalahan berturut- turut kepada Nadal di Basel tahun lepas sebelum m e m e - n a n g i f i n a l Terbuka Australia pada bu- l a n Januari. — AFP

 ??  ?? FEDERER
FEDERER
 ??  ?? NADAL
NADAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia