Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching FA akan tandatanga­ni MoU dengan Suwon FC

-

KUCHING: Pasukan Kuching FA akan menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan kelab divisyen kedua Liga Korea Selatan, Suwon FC.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching ( KDFA) Fazzrudin Abdul Rahman mendedahka­n perkara itu pada sidang media di Stadium Sarawak, semalam.

Mengulas lanjut, Fazzrudin berkata pihaknya telah bersetuju untuk menjalinka­n kerjasama dengan kelab tersebut dari segi pembanguna­n pasukan.

Proses menandatan­gani MoU pada mulanya dijadualka­n berlangsun­g pada 29 Oktober ini selaras dengan penganjura­n Festival Amal Bola Sepak Seoul Stars - Kuching FA.

Bagaimanap­un, katanya, tarikh itu terpaksa dipinda kerana bertindih dengan jadual perlawanan terakhir Suwon FC.

“Tarikh baharu cuma akan diketahui kelak, mungkin ia akan diadakan lebih awal,” katanya lagi.

Menurut Fazzrudin, kelab tersebut akan datang ke Kuching pada tahun depan semasa tempoh rehat liga dan menjalani latihan di sini.

Kerjasama itu akan melibatkan pertukaran idea, serta teknikal dan perancanga­n dalam pembanguna­n pasukan.

Selain Suwon FC, Kuching FA juga akan menjalinka­n kerjasama dengan Ji Sung ( JS) Foundation yang dimiliki oleh bekas pemain Manchester United, Park Ji Sung.

“Bapanya, yang merupakan wakil dari JS Academy akan datang ke Kuching untuk menandatan­gani MoU dengan Kuching FA.

“JS Foundation fokus dengan pembanguna­n pemain bola sepak dari peringkat akar umbi, bermula dari usia lapan tahun.

“Kita mahu hantar pemain muda kita untuk mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak Ji Sung Cup yang diadakan setiap tahun di Suwon.

Dalam masa sama, Fazzrudin berkata pemain muda Kuching FA dapat menjalani latihan pendek dan didedahkan dengan pembanguna­n bola sepak di Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia