Utusan Borneo (Sarawak)

Philip mahu pemain Serian FA tingkatkan prestasi

-

KUCHING: Presiden Persatuan Bolasepak Serian (Serian FA), Philip Jabu mahu barisan pemain meningkatk­an lagi prestasi jika berhasrat untuk meletakkan Serian selaku pencabar kejuaraan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2017-2018.

Tegas Philip, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam skuad itu khususnya dari aspek penyudah dan masalah itu dilihat ketara semasa perlawanan menentang Samarahan pada minggu lepas.

“Meskipun berhajat memenangi perlawanan dengan defisit gol yang lebih baik dan menguasai keseluruha­n perlawanan, tetapi pemain kami gagal melakukan penyudah.

“Memang kita berjaya menang dengan jaringan 2- 1, namun saya masih kurang berpuas hati dengan prestasi para pemain,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau bersama barisan kejurulati­han akan memberi tumpuan terhadap mempertaja­mkan jentera serangan sebagai persiapan menghadapi baki dua perlawanan peringkat Kumpulan Q1.

Menurut Philip, peluang Serian ke peringkat seterusnya masih terbuka dengan syarat semua pemain memperbaik­i mutu permainan.

“Untuk perlawanan setetusnya, kami akan berusaha untuk memenangi baki dua perlawanan terakhir,” kata Philip.

Serian akan menentang Kuching Gedong-Gators pada 28 Oktober ini di Kompleks Sukan Serian disusuli pertemuan penutup tirai kumpulan menentang Samarahan di Kompleks Sukan Samarahan pada 25 November depan.

 ??  ?? PHILIP
PHILIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia