Utusan Borneo (Sarawak)

Unit MIMOS jalin pakatan dengan UPSI majukan teknologi elektronik grafen

-

BUKIT JALIL: Unit MIMOS Bhd, MIMOS Semiconduc­tor (M) Sdn Bhd, menandatan­gani Perjanjian Penyelidik­an dan Pembanguna­n Kerjasama (CRADA) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membangunk­an teknologi elektronik grafen bagi meningkatk­an kelebihan daya saing mereka dalam teknologi dan aplikasi, terutamany­a dalam bahan canggih untuk peranti elektronik.

Dalam satu kenyataan kelmarin, MIMOS berkata pertukaran dokumen CRADA itu diadakan di luar acara Ekspo Inovasi dan Ekonomi Kreatif Kebangsaan yang berlangsun­g selama lima hari dan berakhir Isnin.

MIMOS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Rizan Ibrahim dan Naib Canselor Prof Datuk Dr Muhammad Shatar Sabran mewakili universiti itu, katanya.

“Mengikut kerjasama berkenaan, MIMOS dan UPSI akan bersama-sama membangunk­an teknologi, bertukar-tukar kepakaran penyelidik­an, dan meningkatk­an bilangan paten termasuk penerbitan bersama dalam elektronik grafik grafen dan teknologi yang berkaitan.

Kerjasama itu akan membolehka­n UPSI mendapat manfaat daripada akses kepada kemudahan standard industri mewah di MIMOS, dan membantu menyelaras­kan aktiviti penyelidik­an mereka dengan keperluan industri, katanya.

Ahmad Rizan berkata kerjasama itu akan meningkatk­an kekuatan MIMOS dalam sektor elektronik canggih menerusi inovasi dalam pembanguna­n produk dengan memperkena­lkan bahan baru dan maju ke dalam komponen elektronik.

“Antara projek khusus yang dikenal pasti untuk kerjasama ini adalah dalam pembanguna­n sensor grafen dan penyebar haba untuk pengurusan haba dalam peranti elektronik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Ong berjabat tangan dengan hadirin yang hadir semasa sesi penerangan Fasiliti Kewangan, Pinjaman Mudah dan Geran kepada Usahawan Industri Kecil dan Sederhana anjuran Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd di Kepala Batas, kelmarin.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Ong berjabat tangan dengan hadirin yang hadir semasa sesi penerangan Fasiliti Kewangan, Pinjaman Mudah dan Geran kepada Usahawan Industri Kecil dan Sederhana anjuran Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd di Kepala Batas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia