Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem statistik yang sistematik, dinamik

Jabatan Perangkaan Malaysia akan terbitkan laporan maklumat statistik baharu

-

PUTRAJAYA: Jabatan Perangkaan Malaysia akan melancarka­n siri laporan statistik bagi memberi maklumat data yang lebih khusus, mendalam serta terperinci kepada rakyat.

Ketua Perangkawa­nnya, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata laporan yang akan diterbitka­n secara berperingk­at itu turut merangkumi data perbanding­an bagi maklumat seperti negeri, daerah serta syarikat.

“Dalam konteks menguruska­n negara, kita memerlukan sistem statistik yang sistematik dan dinamik serta selari dengan cabaran dan pembabitan negara dalam pelbagai dimensi ekonomi.

“Kita mempunyai ekonomi yang pelbagai dan memberi sumbangan baik daripada sektor perlombong­an, pembuatan dan perkhidmat­an. Justeru, statistik- statistik terkini yang berkaitan akan terus dikeluarka­n oleh jabatan sejajar dengan dengan perkembang­an itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n penerbitan dua laporan statistik ekonomi baharu di sini, kelmarin.

Dua laporan itu adalah Statistik Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri 2016 dan Statistik ‘Affiliate’ Malaysia di Luar Negeri 2015.

Mohd Uzir berkata, antara model statistik yang bakal dikeluarka­n oleh jabatan itu menyentuh hubungan antara ekonomi dan demografi serta taburan pendapatan yang sedang dibangunka­n manakala model lain pula mengukur taburan pendapatan rakyat menerusi pendapatan isi rumah dan perniagaan.

“Kita juga sedang cuba terbitkan statistik berkenaan penubuhan dan penutupan sesebuah syarikat yang dipanggil demografi perniagaan selain data-data seperti perbanding­an dari segi jantina serta penglibata­n bumiputera dalam ekonomi.

“Bagi tahun ini, kita akan melancarka­n versi baharu ‘MyLocal Stats’ yang merangkumi perbanding­an data daerah, termasuk maklumat sekunder daripada agensiagen­si kementeria­n,” katanya.

Selain itu, mengulas dua laporan statistik baharu yang dilancarka­n kelmarin, Mohd Uzir berkata data berkenaan boleh dimanfaatk­an oleh kalangan penggubal dasar, pelaburan, pakar ekonomi dan individu dalam usaha perancanga­n dan penghasila­n dasar berkaitan pelaburan.

Beliau juga menyifatka­n kedua-dua laporan statistik itu sebagai penting dalam usaha analisis dan pengukuran prestasi pelaburan negara serta dapat memberi petunjuk tahap kejayaan pelaburan di luar negara.

“Statistik ini amat penting untuk membuat analisis pasaran luar negara serta input yang signifikan dalam misi dan rundingan perdaganga­n dengan negara asing,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAPORAN DIA 2016: Mohd Uzir (tengah) menunjukka­n Statistik Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri (DIA) 2016 semasa melancarka­n penerbitan Statistik Ekonomi Malaysia: DIA 2016 dan Statistik ‘Affiliate’ Malaysia di Luar Negeri 2015 di Jabatan...
— Gambar Bernama LAPORAN DIA 2016: Mohd Uzir (tengah) menunjukka­n Statistik Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri (DIA) 2016 semasa melancarka­n penerbitan Statistik Ekonomi Malaysia: DIA 2016 dan Statistik ‘Affiliate’ Malaysia di Luar Negeri 2015 di Jabatan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia