Utusan Borneo (Sarawak)

PIKOM mahu lebih banyak alat ICT yang lebih mampu dimiliki

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia memerlukan lebih banyak alat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih mampu dimiliki dalam usaha meletakkan negara ini sebagai peneraju era digital, kata Persatuan Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat Malaysia (PIKOM).

Dalam satu kenyataan kelmarin, PIKOM menggesa kerajaan menyediaka­n perkakasan dan perisian berharga berpatutan dan boleh diakses dalam Bajet 2018 dalam usaha mewujudkan negara berpendidi­kan dan bermakluma­t seiring dengan era digital baharu.

“Kami mencadangk­an produk dan perkhidmat­an ICT yang bebas daripada cukai barang dan perkhidmat­an, terutama untuk barang mahal seperti komputer riba dan telefon pintar,” katanya dengan menambah, pelepasan cukai tahunan RM3,000 perlu diberikan untuk komputer peribadi, tablet dan telefon pintar.

Persatuan itu juga menggesa kerajaan memperkena­lkan semula Skim Komputer Peribadi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan mengurangk­an harga jalur lebar agar setanding dengan negara lain.

Sementara itu, PIKOM berkata, Bajet 2018 perlu merangsang penggunaan lebih tinggi ICT dalam kerajaan bagi meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an awam serta mengurangk­an kos operasi serta bertindak sebagai pemangkin dan perangsang keyakinan untuk sektor swasta mengguna teknologi terbabit.

“Kerajaan perlu meningkatk­an penggunaan teknologi ICT seperti awan awam skala hiper, analisis canggih, mudah alih, sosial, kepintaran buatan, Internet Perkara dan rantaian blok,” katanya.

Selain itu, ia juga berharap kerajaan meningkatk­an insentif cukai korporat kepada syarikat yang memberikan biasiswa untuk kursus sains komputer, kejurutera­an perisian serta kursus berkaitan sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik.

“Peningkata­n insentif cukai korporat juga perlu diberikan kepada syarikat yang melatih kakitangan dalam bidang teras yang kritikal seperti sains data, kepintaran buatan serta keselamata­n siber,” katanya.

PIKOM berkata, elaun tetap atau insentif wang juga perlu diberikan kepada pelajar yang mengambil kursus berkaitan sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik bagi meneruskan kursus tambahan dalam talian, membeli teknologi serta memperoleh sumber tambahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia